Buletin

VOLVO XC90: KERETA KELUARGA YANG UNGGUL

Apabila menyebut tentang keluarga, terbayang dalam minda kita untuk menyediakan pelbagai kemudahan, salah satunya ialah kereta bagi memudahkan kegiatan seisi keluarga.

Tanpa mengira saiz atau reka bentuk, sebuah kereta keluarga harus mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik, selain memiliki kapasiti ruang cukup luas.  

Oleh itu, Volvo memahami faktor-faktor penting ini dalam memberikan pengalaman pemanduan paling optimum menerusi Volvo XC90, kenderaan SUV untuk kegunaan keluarga.

Volvo XC90 merupakan SUV tujuh tempat duduk, ruang bonet belakang berkapasiti besar dan dilengkapi ciri keselamatan terkini. Pendek kata, Volvo XC90 adalah SUV mewah penuh dengan rekaan intuitif untuk keperluan anda yang kian bertambah.

Antara ciri keselamatan terdapat pada Volvo XC90 ialah Lane Keeping Aid dan Cross Traffic Alert.

Ciri Lane Keeping Aid begitu berguna terutama memberikan bantuan kawalan serta amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan terkeluar dari laluan.

Sebegitu juga Cross Traffic Alert, berperanan sebagai sepasang mata kedua di mana ia berfungsi memberikan isyarat akustik jika ada sebarang objek berhampiran dengan kereta. Turut dimuatkan ialah ciri Blind Spot Information, yang mengesan kenderaan dari arah bertentangan dan halangan ketika kereta sedang mengundur.

Bagi ibu bapa mempunyai cahaya mata, Volvo XC90 juga dilengkapi ISOFIX Mounting Points. ISOFIX Mounting Points merupakan cara paling mudah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak di mana ia boleh diakses melalui bahagian bawah sandaran tempat duduk belakang.

Perincian keselamatan kanak-kanak lain termasuklah Integrated Booster Cushion, khusus kegunaan kanak-kanak berumur empat tahun ke atas.

Walaupun kejadian kemalangan adalah sesuatu tidak dapat diduga, kita bagaimanapun masih boleh berusaha untuk mengelakkannya atau mengurangkan risiko kerosakan.

Terbukti sebagai antara kereta paling selamat di jalan raya, Volvo XC90 baru-baru ini menerima anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).

Pencapaian ini diperoleh setelah Volvo XC90 memenuhi kriteria terutamanya dari segi peningkatan ciri perlindungan pelanggaran sisi, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki serta menyingkirkan lampu hadapan tidak mencapai standard.

Untuk makluman, pelanggan yang mendaftarkan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid atau Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid sebelum tarikh 31 Mac 2023 akan menikmati pakej servis percuma selama lima tahun (VSA5+).

Selain Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5.

Manakala, pelanggan Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan menerima baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000.

Tawaran ini hanya terpakai untuk kereta yang didaftarkan dari 1 hingga 31 Mac 2023.

Google ads
Back to top button