BuletinMotosikal

APRILIA, KTM, HONDA & SUZUKI PROTES PROTES KEMENANGAN DUCATI DI QATAR

SHARE

Sebaik sahaja perlumbaan MotoGP berakhir semalam, pasukan Aprilia Racing Team Gresini, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda Team dan Team Suzuki Ecstar telah mengajukan protes kepada penganjur tentang jentera Ducati GP19.

Pasukan ini menganggap Ducati telah menggunakan secara salah, peralatan aerodinamik yang dipasangkan pada lengan ayun (Swing arm) belakang jentera mereka, yang didakwa sebahagian daripada “spoiler” yang membantu motosikal Ducati dari sudut aerodinamik.

Secara teknikalnya, ia memang salah – jika mana-mana penambahan peralatan pada komposisi motosikal yang asal, namun sebaik sahaja menerima protes tersebut, ia ditolak mentah-mentah oleh jurutera perlumbaan MotoGP.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Penilai MotoGP, Steward Panel menyatakan penolakan tersebut terhadap keempat-empat pasukan yang membantah. Beliau memberitahu bahawa spoiler yang dipasang Ducati tersebut bertujuan untuk menyejukkan tayar belakang – secara teknikalnya masih tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang termaktub dalam penyediaan jentera MotoGP.

Bagaimanapun, keempat-empat pasukan ini tidak bersetuju kerana rekabentuk spoiler tersebut kelihatan sebahagian dari cara untuk mengurangkan impak gelombang udara yang terhasil.

Ia kelihatan seperti skup udara sebagaimana pada sayap hadapan yang berupaya mengalihkan udara yang terhasil menerusi bawah motosikal. Udara yang terbiasa dari roda hadapan ini lazimnya menuju terus ke roda belakang dan spoiler ini bertujuan “membias” ke sisi udara tersebut – ia berguna khususnya ketika pecutan motosikal di laluan lurus.

Setelah ditolak, keempat-empat pasukan telah mengajukan rayuan kepada badan rayuan MotoGP Court of Appeal. Ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan keputusannya.

Sekiranya benar, keputusan rasmi semalam akan berubah di mana Marquez yang berada di tempat kedua hanya berbeza 0.023 saat berbanding Dovizioso.

Tags
Google ads
Back to top button