
MOTOGP QATAR 2019 – BOLEH TAHAN AKSI SULUNG PETRONAS YAMAHA SRT
Musim baru MotoGP sudah pun bermula dan aksi waktu malam di Qatar menyaksikan Andrea Dovizioso berjaya mengalahkan juara musim lalu, Marc Marquez selepas bersaing hebat untuk kedudukan teratas podium.
Cal Crutchlow pula melengkapkan kedudukan tempat ketiga di belakang Marquez. Ia juga merupakan podium pertama beliau sejak Oktober tahun selepas mengalami kecederaan serius di bahagian buku lali.

Secara keseluruhan kesemua lima pelumba teratas dari Dovizioso ke Rossi di tangga kelima dibezakan dalam jarak masa yang cukup kecil.
Beberapa insiden kecil turut berlaku seperti Jack Miller dari pasukan Ducati yang terpaksa bersara awal dari perlumbaan akibat pelana motosikal yang longgar. Ini sebenarnya memang tidak patut berlaku pada perlumbaan sehebat MotoGP.
Pelumba muda Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo pula mengalami masalah di grid menyebabkan beliau terpaksa memulakan perlumbaan di dalam kawasan pit tetapi berjaya kembali bangkit untuk berada di tempat ke 16.

Pelumba utama Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli pula berada pada kedudukan ke 11, cukup baik untuk sebuah pasukan baru dalam persaingan MotoGP. Jorge Lorenzo sendiri berada pada kedudukan ke 13.
Hafizh Syahrin nampaknya masih perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan motosikal baru beliau dan hanya mampu mencatat kedudukan tempat ke 20 perlumbaan.
3 pelumba gagal menamatkan perlumbaan dengan dua daripada pasukan Pramac Ducati dan Bradley Smith dari pasukan Factory Aprilia Gresini.
Keputusan penuh MotoGP Qatar:
- Andrea Dovizioso Ducati Team (Desmosedici GP19) 42m 36.902s
- Marc Marquez Repsol Honda (RC213V) 42m 36.925s
- Cal Crutchlow LCR Honda (RC213V) 42m 37.222s
- Alex Rins Suzuki Ecstar (GSX-RR) 42m 37.359s
- Valentino Rossi Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 37.502s
- Danilo Petrucci Ducati Team (Desmosedici GP19) 42m 39.222s
- Maverick Viñales Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 39.383s
- Joan Mir Suzuki Ecstar (GSX-RR) 42m 41.990s
- Takaaki Nakagami LCR Honda (RC213V) 42m 44.308s
- Aleix Espargaro Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 46.538s
- Franco Morbidelli Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 42m 46.549s
- Pol Espargaro Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 49.676s
- Jorge Lorenzo Repsol Honda (RC213V) 42m 51.209s
- Andrea Iannone Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 51.251s
- Johann Zarco Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 51.995s
- Fabio Quartararo Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 42m 52.807s
- Miguel Oliveira Red Bull KTM Tech3 (RC16) 42m 53.279s
- Karel Abraham Reale Avintia (Desmosedici GP18) 42m 59.874s
- Tito Rabat Reale Avintia (Desmosedici GP18) 42m 59.941s
- Hafizh Syahrin Red Bull KTM Tech3 (RC16) 43m 20.144s
Bradley Smith Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
Jack Miller Pramac Ducati (Desmosedici GP19) DNF
Francesco Bagnaia Pramac Ducati (Desmosedici GP18) DNF







