,
BuletinMotosikal

APRILIA TERRA 150 ADVENTURE. MAAF. UNTUK CHINA SAHAJA

Sebenarnya, ada bagusnya motosikal adventure dengan enjin kecil ni. Kalau anda biasa overland sampai ke Laos, masalah biasa bila menunggang di negara mereka ialah bila masuk ke pekan-pekan kecil. Jalannya sempit dan kondisi jalannya macam baru lepas perang pun ada.

Ini ialah Aprilia Terra 150 Adventure. Seperti yang tertera pada namanya, motosikal ini dibekalkan dengan enjin 150cc empat lejang.

Aprilia mempunyai kilang di seluruh dunia. Selain di India, Aprilia juga ada kilang pemasangan di China dan untuk negara tersebut, terdapat model khusus untuk pasaran domestiknya.

Dan Terra 150 ini salah satu daripadanya. Ia dikeluarkan dengan usahasama Zongsheng Piaggio Foshan Motor Co. Ltd. Model ini telah diperkenalkan sejak tahun 2016 yang merupakan diversiti daripada model Aprilia GPR150 dan calon sport fairing Aprilia RS150. Kerangka ini juga dikatakan akan menghasilkan Tuono 150 tahun depan.

Enjin satu selinder 150cc ini dibentangkan dengan konfigurasi DOHC empat injap dengan sejukan cecair. Ia mampu menghasilkan 17.8 kuasa kuda pada 9750 RPM, serta tork maksimum 14 Nm pada 7500 RPM.

Kerangkanya dibina berdasarkan platform twinspar, speedometer dengan kombinasi digital dan analog dan paling menarik ialah ukuran roda yang lebih besar dan yang digandingkan dengan lengan ayun buatan alumunium.

Berapakah harganya?

Di China, ia dijual pada harga 16,800 Yuan atau kira-kira RM10,327. Kalau dijual di Malaysia, rasa-rasa ada pasaran tak?

Tags
Google ads
Back to top button