Artikel Pilihan

BATERI ION LITHIUM HILANG KUASA SETIAP TAHUN?

Mungkin 10 tahun lepas, kebanyakan pengeluar kereta menggunakan bateri Nikel Metal Hidrid dalam pembuatan bateri bagi kereta hibrid. Sebenanrnya bateri Nikel ini sudahpun dikormesialkan sejak 1970an lagi. Ia lebih selamat, kurang bertoksid dan boleh menyimpan lebih banyak tenaga elektrik berbanding dengan bateri 12V biasa.

Namun apabila industri menemui bateri ion Lithium, mereka mendapati bateri ini lebih berkuasa walaupun lebih kecil daripada bateri nikel. Keadaan ini mendorong pengeluar kereta hibrid menukar bateri nikel kepada lithium. Bateri ion Lithium juga menjadi pilihan pembuat kereta EV seperti Tesla dan Nissan Leaf.

Sama seperti kereta, pembuat peranti elektronik seperti komputer riba dan juga telefon pintar mulai menggunakan bateri ion Lithium sebagai sumber kuasa elektrik. Ia boleh dicas dengan pantas dan digunakan kembali beberapa jam. Namun selepas beberapa tahun, peranti pintar kita mulai hilang kuasa. Kejap kejap kena cas. Kalau smartphone terpaksa memanjang pakai power bank.

Apa yang sebenarnya berlaku pada bateri lithium ion sehingga ia hilang kuasa? Penjelasannya mungkin menyebabkan anda terpaksa membaca teori kimia hari ini. Seperti yang sedia maklum bateri berfungsi dengan proses kitaran elektron antara terminal negatif dan positif. Disebabkan ia boleh dicas, maka proses discas dan pengecasan ini boleh berlaku sehingga infiniti. Secara teori la kan

Garam Kristal

Mengikut data Jabatan Tenaga Amerika, kebanyakan terminal positif dan negatif bateri dihasilkan dengan menggunakan komposisi logam nikel. Jika diperiksa melalui mikroskop, terminal positif dan negatif ini ada liang halus dan juga kecacatan sewaktu proses pembuatan.

Semasa ion ini bergerak melalui terminal positif dan negatif, sesetengah ion ini akan tersangkut pada liang tadi dan menghasilkan tindak balas kimia dengan nikel. Hasilnya ia akan membentuk garam kristal pada terminal. Semakin banyak proses pengecasan berlaku, semakin banyak garam kristal ini terbentuk pada terminal dan bateri mulai hilang kecekapan untuk menyimpan cas

Pengeluar bateri menjangkakan bateri lithium ion akan kehilangan keupayaan untuk menyimpan cas sebanyak 10% selepas 500 kali pengecasan. Kecuali struktur terminal diubah kepada bahan lain seperti Lithium Cobalt Oxide namun logam ini mudah terdedah kepada suhu yang tinggi semasa operasi menyebabkan jurutera tidak memilih bahan ini sebagai terminal bateri

Suhu

Sama seperti manusia, bateri Lithium ion beroperasi dengan cemerlang pada suhu sekitar 21-25 darjah Celcius. Walaupun suhu yang kurang daripada 21 darjah Celcius akan mengurangkan jarak dan prestasi bateri, namun suhu yang lebih tinggi akan menyebabkan kualiti bateri merosot dengan cepat.

Jadi untuk melindungi bateri dari suhu yang terlampau tinggi, sel bateri akan dibina dengan sistem penyejukan terbina dalam. Negara iklim khatulistiwa seperti Malaysia dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun merupakan contoh yang baik kenapa bateri perlu dilindungi dari suhu

Sesetengah laporan dari persatuan pengguna Amerika mendedahkan Nissan Leaf generasi awal terdedah kepada masalah bateri yang cepat merosot akibat tidak dilengkapkan dengan sistem penyejukan yang baik. Mahkamah Amerika memutuskan Nissan perlu menggantikan bateri pada model Leaf dengan bateri generasi baru.

Tak Boleh Guna Sampai Habis

Bagi melindungi bateri, pengeluar biasanya menghadkan penggunaan bateri. Pemandu tidak dapat menggunakan bateri 100% sehingga cas bateri tinggal 0%. Sebabnya ialah, jika bateri dihabiskan sehingga ia tinggal 0% dan dicas semula, proses ini akan merosakkan bateri ion kithium dengan cepat.

Sebagai contoh, Chevrolet mengiklankan model Volt hanya boleh menggunakan 14kWh daripada 18.4kWh kuasa baterinya ataupun 76%. Baki kuasa yang tinggal bertindak sebagai penampan. Jurutera mendapati proses mengecas bateri dari 0% ke 100% merupakan satu proses yang sangat mencabar bagi bateri

Menurut Isidor Buchman, pengasas Cadex Electronic jika proses pengecasan 0-100% ini dibuat secara berterusan, ia hanya mampu bertahan 500 kali pengecasan sahaja sebelum bateri mulai rosak. Sesetngah kereta elektrik mewujudkan mekanisme di mana ia akan mengunci tayar dan transmisi kereta elekktrik bagi menghalang ia digunakan apabila ia mencapai

Anda bayangkan semakin lama kapasiti bateri menyimpan cas semakin kurang. Ia ibarat anda ada kereta petrol, namun tangki petrol anda semakin mengecil setiap tahun.

Google ads
Back to top button