Buletin

ARK ZERO – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH DI UK

Segmen kuadrisikal elektrik yang disertai oleh Citroen Ami, Opel Rocks-e, dan Fiat Topolino kini menerima pencabar baharu dari syarikat pemula EV UK, Ark Zero.

Menurut syarikat Ark, selain daripada membuat keuntungan, mereka juga mahu mempercepatkan peralihan UK ke arah sistem pengangkutan yang lebih bersih dan hijau, dan menjadikan mobiliti yang mampu milik dan mampan untuk semua.

Ark Zero membawakan ukuran 2,500 mm panjang, 1,202 mm lebar, 1,625 mm dengan jarak antara roda sepanjang 1,720 mm, menjadikannya lebih kecil berbanding Citroen Ami.

Badan serta casis Ark Zero menggunakan bahan aluminium sepenuhnya, menjadikan ia lebih kuat dan tegar, menjadikan binaan lebih selamat dan dalam masa yang sama lebih ringan (480 kg) dan kalis karat.

Saiznya yang kecil menyebabkan hanya dua orang sahaja yang boleh muat di dalam kabin.

Ark Zero dikuasakan motor elektrik 3 hp, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion 80 Ah yang membolehkan jarak pemanduan sejauh 80 km dicapai untuk sekali cas.

Hanya ada satu spesifikasi sahaja ditawarkan untuk pasaran UK, termasuklah bumbung suria, kamera sandaran, lampu LED, sistem infohibur LCD, serta sokongan Bluetooth.

Pengecasan penuh mengambil masa enam hingga lapan jam menggunakan pengecas Type 1 (7.4 kW), dan memakan kos kurang daripada 1 pound Britain.

Harga jualan bermula dari £5,995 (RM35 ribu), menjadikannya EV yang paling murah dalam pasaran UK.

Google ads
Back to top button