Buletin

GOLF 2024 FACELIFT TAKKAN MUNCUL DALAM VERSI MANUAL

Volkswagen Golf facelift dijangka akan muncul pada tahun 2024, dan salah satu perubahan besar yang bakal dibawakan pada model facelift tersebut ialah penguguran model bertransmisi manual jika undang-undang Euro 7 sedia ada dilaksanakan.

Peraturan Euro 7 itu akan mengetatkan lagi pengeluaran emisi karbon dioksida daripada kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Menurut Volkswagen, model Golf GTI bertransmisi manual dikatakan menghasilkan 162 g/km CO2 berbanding model versi automatik (160 g/km), walaupun perbezaan yang kecil akan tetapi mampu memberikan impak besar kepada kuota emisi pengeluar yang telah ditetapkan.

Atas sebab ini jugalah peraturan Euro 7 dikritik keras oleh pengeluar automotif.

CEO Stellantis Carlos Tavares menggelarkan undang-undang tersebut “tidak berguna” kerana ia akan memberikan impak negatif terhadap harga kereta, dan tidak memberikan manfaat kepada pengguna mahupun alam sekitar.

Sekiranya Euro 7 dilaksanakan, Volkswagen juga mungkin akan menghentikan pengeluaran Golf GTI bertransmisi manual.

Model asal GTI muncul pada tahun 1975, di mana setiap satu generasi yang diperkenalkan selepas itu dilengkapi dengan kotak gear manual.

Google ads
Back to top button