Buletin

GIGA LAB BAHARU TESLA MAMPU BINA EV DALAM MASA 45 SAAT – “TIADA APA YANG MUSTAHIL,” KATA ELON MUSK

Tesla baru-baru ini mendedahkan kerja di sebalik Tesla Gigafactory di China dan menariknya, ia boleh membina kenderaan elektrik dalam masa 45 saat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla sebelum ini mendakwa bahawa tiada apa mustahil bagi Tesla untuk menjayakan sesuatu.

Kedai konsep baharu itu dirasmikan sekali gus ingin menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan yang mengunjungi ‘Giga Lab’ baharu.

Menurut Tesla Asia, pelanggan masih boleh membeli EV di kedai konsep berkenaan tetapi layanan tambahan ini menawarkan pengalaman baharu.

Selama bertahun-tahun, Tesla terus komited memacu lebih banyak kejayaan sambil memfokuskan kualiti pengeluarannya, tidak kira jika EV dibuat di Amerika atau China.

Untuk rekod, Shanghai Gigafactory menjalani beberapa peningkatan sebagai sebahagian daripada komitmen Tesla mengembangkan lagi kehadirannya di Asia.

Hasilnya, Shanghai Gigafcatory mampu meningkatkan pengeluaran, malah meraikan kejayaan penting iaitu menyampaikan kereta yang ke sejuta buat pelanggan.

Google ads
Back to top button