BuletinMotosikal

ARRC SUZUKA: WEST KUASAI KELAS 600CC, HONDA RS150R KEMBALI DOMINASI KELAS UB150

Kontrovesi kemenangan dibatalkan sewaktu pusingan kedua di Thailand tidak mematahkan semangat pelumba Australia, Anthony West uuntuk bangkit meraih kemenangan berganda dalam saingan SuperSports 600cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Suzuka, Jepun, semalam .

Pelumba Akeno Speed Racing itu menggunakan pengalamannya di sepanjang 13 pusingan perlumbaan untuk memintas seorang demi seorang pelumba pada pertengahan perlumbaan sehingga berjaya memimpin kedudukan pada penghujung perlumbaan.

Persaingan sengit diantara Yuki ito (Yamaha Racing) dan Taiga Hada (Rama Honda by NTS T. Pro Ten 10) memberi kelebihan buat pelumba Australia itu untuk melebarkan jarak kedudukan pendahulu dan seterusnya melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 28’56.621s. Ito muncul naib juara dengan masa 28’56.985s manakala pelumba berpengalaman, Yukio Kagayama (Team Kagayama) menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 28’57.588s.

“Perlumbaan hari ini sedikit perlahan berbanding semalam dan sebelum itu saya juga menyaksikan perlumbaan Underbone 150cc dan Asia Production 250cc, pelumba terjatuh di selekoh akhir dan saya tidak mahu ia berlaku. Saya cuba tidak berada dekat dengan pelumba lain dan sangat gembira dengan kemenangan ini,” jelas West.

Sementara itu, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) yang mengalami kecederaan tangan masih mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 uuntuk kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 102 mata. Ito yang meraih dua podium di Suzuka naik ke tangga kedua dengan 83 mata manakala seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) di tangga ketiga dengan 80 mata.

Dalam saingan Asia Production 250cc, sekalipun menerima tentangan sengit di kelompok hadapan, Gerry Salim (Astra Honda Racing) menggunakan sepenuhnya jentera Honda CBR250RR untuk meraih kemenangan kedua di Suzuka. Gerry muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19’58.335s mengatasi pelumba Yamaha Thailand Racing, Anupab Sarmoon yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’59.044s. Tomoyoshi Koyama sekali lagi meraih podium di Suzuka setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa 19’59.074s.

Gerry semakin menjarakkan pungutan mata dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 125 mata, 20 mata mengatasi Takehiro Yamamoto yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Anupab di tangga ketiga dengan 92 mata.

Sementara itu dalam saingan Underbone 150cc, pelumba negara menguasai pentas podium diketuai duo SCK Rapido Hi-Rev Honda, Fakhrusy Syakirin Rostam dan Md Muzakkir Mohamed yang menamatkan perlumbaan sebagai juara dan naib juara.Fakhrusy menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa 16’03.866s, 0.074s dihadapan Muzakkir.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba negara, Md Haziq Md Fairues (Uma Racing Yamaha Maju Motor) dengan masa 16’04.649s.

Rakan sepasukan Haziq, Md Akid Aziz yang terlibat dalam kemalangan pada selekoh terakhir bersama Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) ketika bersaing di kedudukan hadapan kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 93 mata diikuti Wahyu kedua dengan 79 mata manakala podium hari ini membantu Haziq naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 73 mata.


Keputusan Perlumbaan 2 – Pusingan 3, Suzuka :
SuperSports 600cc

1. Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 28’56.621s
2. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 28’56.985s
3. Yukio Kagayama (JPN) Team Kagayama 28’57.588s
4. Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 28’57.639s
5. Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing 28’57.914s
Kedudukan Keseluruhan
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 102 mata
2. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 83 mata
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 80 mata
4. Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 78 mata
5. Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing Kawasaki 54 mata
 

Asia Production 250cc
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19’58.335s

2. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19’59.044s
3. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19’59.074s
4. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha Racing Indonesia 20’00.948s
5. Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing Team 20’11.957s

Kedudukan keseluruhan:
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 125 mata
2. Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing Team 105 mata
3. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 74 mata
5. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 73 mata


Underbone 150cc

1. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16’03.866s

2. Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16’03.940s
3. Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 16’04.649s
4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing 16’09.325s
5. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing 16’09.325s

Kedudukan Keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 93 mata
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 79 mata
3. Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 73 mata
4. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing 72 mata
5. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 68 mata
Google ads
Back to top button