Artikel Pilihan

BATERI KERETA EV BUATAN CHINA JATUH ATAS JALAN – HAIYA MACAM MANA NI

Satu rakaman video kini tular bila pek bateri sebuah kereta EV dari China jatuh di atas permukaan jalan. Ia berlaku kepada kenderaan yang dinamakan Cao Cao 60 sewaktu melalui 2nd Ring Road di Chengdu, wilayah Sichuan. Naya bos bila bateri voltan tinggi ni tiba-tiba jatuh.

Video pendek ini menunjukkan kereta tersebut berhenti hampir 20 kaki di hadapan bila baterinya terjatuh. Maknanya ia berhenti secara tiba-tiba tanpa kuasa. Mana ada kuasa kalau dah bateri jatuh macam tu.

Mujurlah tiada sebarang kebakaran ataupun kebocoran berlaku kepada pek bateri tersebut tapi kisah ini memang agak iroik sebab kereta ini baharu dilancarkan bulan Mac lepas. Malah ia juga direka oleh Geely yang sedia kita maklum memilik Volvo dan Polestar.

Cao Cao 60 direka khas dengan fungsi penukaran bateri secara mudah. Pengeluarnya mendakwa penukaran bateri kereta ini hanya mengambil masa 60 saat. Fuh, macam tukar bateri telefon Nokia abang tahun 97 dulu je.

Kalau tengok pada video ni rasanya proses mengeluarkan pek bateri hanya memakan masa beberapa saat je ni?

Tapi jangan gelak dulu. Ini baharu satu kes. Takkanlah dalam satu pokok tu semua buahnya tidak menjadi. Ingat tak dulu Tesla Model Y pernah ada yang tercabut stereng dalam masa atu minggu selepas penyerahan. Terus Tesla ganti dengan kereta baharu sebagai tanda ‘keikhlasan’ mereka.

Cao Cao 60 ini dijual dengan harga RM81k di China tetapi ia hanya untuk kegunaan e-hailing. Maksudnya ia tidak dijual sebagai kereta penumpang persendirian biasa.

Ia mempunyai jarak operasi sejauh 415 kilometer dengan syarat baterinya tidak terjatuh macam ni.

Youtube video
Google ads
Back to top button