Buletin

MITSUBISHI LANJUTKAN PROMOSI CNY SEHINGGA 28 FEB 2020

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan akan melanjutkan promosi Tahun Baru Cina sehingga hujung Februari 2020.

Promosi ini menawarkan kadar faedah serendah 0.88 peratus untuk varian Triton terpilih, menerusi pembiayaan daripada Maybank atau Public Bank sahaja.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih di antara kadar faedah 0.88 peratus atau rebat tunai seperti jadual di bawah:

Pelanggan Mitsubishi dan pemilik trak pikap yang membeli varian terpilih Triton layak menerima rebat tunai sebanyak RM3,000 dan RM2,000 selain daripada promosi sedia ada.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Outlander 2.0 liter atau 2.4 liter akan menikmati rebat tunai sehingga RM2,000 penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan RM2,000 serta penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

Lapan pelanggan bertuah yang menyelenggara kereta di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi akan menerima syiling emas bernilai RM888 apabila berbelanja minimum RM688.

Google ads
Back to top button