
Buletin
ASTON MARTIN CC100 SPEEDSTER CONCEPT
Pengeluar kenderaan mewah dari Britain, Aston Martin meraikan ulang tahun ke-100 dengan penuh gaya menerusi pengenalan model CC100 Speedster Concept.
Jentera tersebut mengambil inspirasi model sport terbaik Aston Martin, DBR1 yang digabungkan de ngan hala tuju reka bentuk masa depannya.
CC100 Speedster Concept dikuasakan oleh unit enjin V12 bersesaran 6.0 liter. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik manual (automated manual) enam kelajuan.
Prestasinya, ia mampu mencecah kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa kurang empat saat. Sementara kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 289 kilometer sejam.
Ia direka dan dibangunkan dalam tempoh kurang enam bulan di ibu pejabat Aston Martin di Gaydon, England. Debut dunianya dibuat dengan melengkapkan perlumbaan 24 jam ADAC Zurich di litar Nordschleife, Jerman.
“CC100 merupakan contoh lengkap mengenai segala yang hebat tentang Aston Martin. Kereta ini mewakili warisan kereta sports kami yang mengagumkan, reka bentuk, kejuruteraan dam semangat jitu,” kata Ke tua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Dr. Ulrich Bez.
Berukuran empat meter setengah panjang dengan lebar dua meter, tubuh model ini merupakan contoh klasik mengenai falsafah kejuruteraan Vertical Horizontal Aston Martin.
[hr] Galeri




















