Buletin

HONDAJET JALANI UJIAN

HONDA Aircraft Co. baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menerbangkan pesawat kelimanya yang dilengkapi dengan semua kemasan dalaman sepenuhnya. 

Jet tersebut mempunyai kemasan dalaman standard serta beberapa pilihan seperti tempat duduk bertentangan.

53816-a-hon

Penerbangan sulung jet itu dijalankan pada 16 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Piedmont Triad, Carolina Utara, AS. Menurut Honda, jet itu akan digunakan untuk tujuan ujian fungsi dan kebolehpercayaan pesawat.

Sehingga kini, Honda telah membangunkan empat buah pesawat untuk ujian di udara dan dua lagi diuji di darat.

088994800_1211359030

Dianggarkan berharga AS$4.5 juta (RM13.5 juta), pesawat itu dikatakan cukup unik kerana fiuslajnya diperbuat daripada material-material komposit dan bukannya besi.

53816hon

Honda juga memberitahu ia kini dalam fasa terakhir ujian penerbangan untuk memperoleh persijilan pesawat daripada Pentadbiran penerbangan Awam (FAA), Amerika Syarikat.

50892hon

Minggu lalu, Honda menyatakan ia berharap pihak FAA akan memberi persijilan kepada pesawatnya menjelang tahun 2014. – News & Record

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button