
ASTON MARTIN DAH ADA SUV. DBX GUNA ENJIN V8 550PS. RM798,000 SEUNIT DI MALAYSIA
Aston Martin hari ini melancarkan SUV pertamanya, DBX yang menjadi model paling dalam sejarah 106 tahun penubuhannya.
Mula dibangunkan pada tahun 2015, DBX menjadi petanda kepada era baru Aston Martin dalam segmen yang tidak pernah diterokainya sebelum ini.
Ia diposisikan sebagai pesaing langsung kepada SUV mewah lain seperti Lamborghni Urus, Bentley Bentayga dan Porsche Cayenne.

“Saya tidak dapat gambarkan betapa teruja dan signifikannya DBX terhadap Aston Martin. SUV yang cantik ini menandakan momen penting dalam penyempurnaan fasa terakhid Pelan Kurun Kedua kami.
“Ia bukan sahaja tentang pengembangan prortfolio jentera stn Martin, malah menandakan bermulanya produksi di kilang kedua kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aston Martin, Dr. Andy Palmer.
DBX akan dihasilkan di kilang baharu di St. Athan, Wales. Ia dibina menggunakan aluminium dan kepakaran Aston Martin menghasilkan kereta sports. Hasilnya, jentera itu hanya seberat 2,245kg, cukup tegar, dinamik dan menawarkan ruang kabin yang luas.

Aspek pengendalian dipertingkatkan menerusi sistem suspensi udara adaptif yang digabungkan dengan sistem kawalan anti-oleng elektrik 48v terkini (eARC) dan peredam adaptif elektronik.
Sistem itu membolehkan DBX dinaikkan setinggi 45mm atau direndahkan 50mm, sekali gus membuatkan pemandu lebih yakin untuk meneroka laluan sukar.
DBX dikuasakan oleh enjin V8 turbo berkembar bersesaran 4.0 liter yang turut digunakan oleh model DB11 Vantage. Ia mampu menjana kuasa 550PS dan tork 700Nm yang ditala khas untuk disesuaikan dengan karekternya sebagai sebuah SUV.
Kuasa itu kemudian disalurkan ke pacuan semua roda melalui transmisi automatik 9-kelajuan bersama ciri electronic rear limited slip differential (eDiff). Ia membolehkan kuasa tork disalurkan ke gandar hadapan dan belakang dengan tepat.

Bagi menjimatkan bahan api, enjin itu mempunyai ciri penyahaktifan selinder. Biarpun begitu, ia masih mampu mencatat pecutan dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.5 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 291km/j.
Kemewahan ruang kabin diserlahkan dengan material seperti besi, kaca dan kayu. Papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci. Sementara skrin bersaiz 12.3 inci pula memberikan semua maklumat pemanduan yang jelas kepada pemandu.
Jentera itu juga menawarkan ruang kabin seluas 632 liter dengan tempat duduk belakang boleh dilipat melalui konfigurasi 40:20:40. Jadi pemandu boleh memasukkan apa jua saiz beg tanpa sebarang masalah.
Dari segi luaran, DBX mengekalkan bahasa rekaan Aston Martin dengan gril DB yang ikonik dan garis badannya. Sementara lampu belakang pula diinspirasikan daripada model Vantage.

500 orang pelanggan pertama akan menerima Pakej 1913 yang merangkumi lencana pada fender yang unik, plak sisi dan plak nombor siri.
Mereka juga akan diberi sebuah buku yang ditandatangani oleh Ketua Pegawi Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman.
DBX ditawarkan pada harga bermula RM798,000 (tidak termasuk duti) dan sudah boleh ditempah di Malaysia.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.astonmartinkualalumpur.com atau hubungi Aston Martin Kuala Lumpur di talian +60 (3) 2163 1196.
- BACA: ASTON MARTIN DBS SUPERLEGGERA BIJAN EDITION – MACAM PERNAH DENGAR NAMA NI, TAPI DI MANA YA?
- BACA: ASTON MARTIN LAGONDA – KERETA SUKAN SEDAN KE NI?
- BACA: ASTON MARTIN JAMES BOND YANG HILANG PADA 1997 DITEMUI DI TIMUR TENGAH
- BACA: ASTON MARTIN UNTUNG PERTAMA KALI DALAM SEDEKAD (DAN MEREKA MASIH TAK JUAL SUV!)
GALERI