Buletin

ASTON MARTIN DBS SUPERLEGGERA BIJAN EDITION – MACAM PERNAH DENGAR NAMA NI, TAPI DI MANA YA?

Barisan model Aston Martin DBS Superleggera dilihat semakin meriah apabila pengeluar kereta mewah itu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Bijan Edition pada acara Monterey Car Week.

Sudah menerima kelulusan daripada House of Bijan yang berpangkalan di Beverly Hills, model edisi khas itu akan dihasilkan dengan kerjasama pihak Q by Aston Martin.

Sehingga kini, Aston Martin masih berahsia mengenai perinciannya. Namun ada memberitahu bahawa ia akan tampil dalam bentuk sebuah coupe dan volante.

Setiap satunya akan hadir dengan luaran berwarna kuning (Bijan Yellow) bersama corak berpusar (paisley) di bahagian bonetnya.

Beberapa penambahbaikan lain juga akan dibuat termasuklah spoiler belakang gentian karbon dengan jenama Bijan berwarna kuning.

Di ruang kabin, pemandu dan penumpang akan dialu-alukan dengan kulit buaya lembut dan logo Bijan. Pelanggan juga boleh meletakkan tandatangan mereka pada kemasan kayu di papan pemuka.  

Aston Martin tidak menyatakan harga untuk edisi khas ini, tetapi DBS Superleggera Bijan Edition boleh ditempah di House of Bijan dan mana-mana pengedar Aston Martin di seluruh dunia.

Jentera ini akan menjadi sebahagian daripada koleksi ‘seni yang boleh dipandu’ oleh Bijan seperti beberapa versi terdahulu bersama Bugatti Veyron dan Rolls-Royce Phantom.

Google ads
Back to top button