" "
Buletin

ASTON MARTIN KEMBALI SEMULA KE F1 DENGAN BERGAYA

Jenama kereta kebanggaan British, Aston Martin akhirnya melancarkan jentera F1 mereka setelah membuat keputusan untuk kembali bersaing dalam kancah perlumbaan ulung Formula 1 bermula musim 2021 ini. Pasukan yang diberi nama Aston Martin Cognizant F1 Team ini telah melancarkan jentera mereka pada awal Mac lalu bagi menghadapi kempen F1 musim 2021 nanti.

Berita tentang kemunculan semula Aston Martin semenjak berpuluh tahun lamanya sangat dinantikan oleh para peminat, terutamanya para peminat sukan permotoran dari British ini. Apatah lagi, kali terakhir jentera F1 mereka dengan warna British Racing Green hanya dilihat pada tahun 1960. Akan tetapi, ini bukanlah sebuah pasukan baharu sepenuhnya. Musim 2020 yang lalu, pasukan ini dikenali dengan nama Racing Point F1 Team yang mana sebelumnya turut dikenali dengan nama Force India.

Pemilik pasukan, Lawrence Stroll yang juga merupakan pemilik pasukan asal untuk Racing Point F1 dengan jentera F1 berwarna Pink itu telah pun memperoleh 16.7% pegangan saham Aston Martin pada Januari 2020 sekali gus menjadikan beliau kini merupakan Pengerusi Eksekutif untuk Aston Martin. Lelaki berusia 61 ini bukanlah orang British, sebaliknya berasal daripada Canada. Seorang yang kaya raya dan amat meminati kereta. Maka, beliau cukup arif tentang susur galur sejarah tentang pembabitan Aston Martin dalam sukan F1. Jadi keputusan beliau untuk membawa jenama Aston Martin kembali semula ke kancah F1 dilihat cukup tepat dan bijak.

Bagi menghadapi musim 2021, chasis baharu AMR21 telah digunakan bersama dengan enjin M12E yang dibekalkan oleh Mercedes yang sepatutnya boleh tahan laju untuk mengejar pasukan handalan yang lain. Dan tugasan untuk pemandu akan diserahkan kepada bekas juara dunia, Sebastian Vettel yang berpindah dari pasukan Ferrari. Kerusi pemandu seorang lagi bakal diisi oleh Lance Stroll, pemandu pasukan musim lepas yang juga merupakan anak kepada pemilik pasukan.

Sepanjang tempoh pembabitan Lawrance Stroll, Orang Kaya Canada ini, pasukan Racing Point sebelum ini hanya berupaya berada di tempat ketujuh bagi kategori Pasukan. Sudah tentu harapannya agar prestasi pasukan lebih baik berbanding tahun sudah. Walau bagaimanapun, pasukan Aston Martin tetap realistik. Mereka mengganggarkan sekurangnya tempoh lima tahun diperlukan bagi membolehkan pasukan Aston Martin ini mencabar kejuaraan F1 kelak.

BACA : MERCEDES AMG PETRONAS F1 KEKAL LIVERY WARNA HITAM PADA JENTERA 2021

BACA : SELEPAS 10 TAHUN, INFINITI UCAP SELAMAT TINGGAL PADA F1

Google ads

B K

Back to top button