Buletin

AUDI R8 V10 SPYDER COUPE GENERASI KEDUA

Audi of America baru-baru ini memperkenalkan generasi kedua R8 V10 Spyder. Jentera itu dikatakan lebih laju dan berkuasa berbanding model sebelumnya.

R8 Spyder menggunakan enjin aspirasi biasa V10 bersesaran 5.2 liter yang dipadankan dengan kotak gar tujuh kelajuan S-tronic tujuh kelajuan automatik, sama seperti R8 V10 Coupe.

Dengan kuasa 540hp dan tork 539Nm, ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa cuma 3.5 saat, dengan kelajuan maksimum 319km/j.

BACA: AUDI RS3 SEDAN – POWER TAK INGAT

Sama seperti setiap generasi R8 V10 Coupe, R8 Spyder berkongsi kongsi asas jentera perlumbaan R8 LMS GT3. Hasil kerjasama rapat di antara jurutera perlumbaan dan pelumba Spyder memiliki prestasi yang lebih signifikan.

Bumbung jenis soft-top menampilkan ciri pacuan elektrohidraulik yang boleh dibuka dan ditutup dalam masa 20 saat, pada kelajuan maksimum 50km/j.

Jentera ini mengetengahkan kepakaran Audi dalam menghasilkan casis ringan,  ASF yang menggunakan material gentian karbon. Selain 80 peratus ASF, casis itu turut menggunakan komponen-komponen aluminium terutama pada tiang A dan kerangka cermin hadapan.

R8 Spyder menggunakan sistem suspensi double-wishbone pada roda hadapan dan belakangnya. Bagi menawarkan kualiti pengendalian terbaik, ia dipasang dengan sistem quattro yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan atau belakang mengikut kondisi pemanduan.

Buat pertama kalinya di ruang kabin, R8 Spyder dilengkapi sistem infotainmen Audi connect® yang menawarkan ketersambungan 4G LTE, Internet radio, peta  Google Earth dan Wi-Fi® hotspot.

Penampilan luarannya disempurnakan dengan sepasang lampu utama LED yang nipis dan rim jejari V bersaiz 19 inci. R8 Spyder ditawarkan pada harga AS$175,100 (RM776,200) seunit.

Tags
Google ads
Back to top button