Buletin

FERRARI 458 ITALIA JUSTIN BIEBER DILELONG PADA HARGA RM1.9 JUTA

Minggu lepas, agen lelongan Barrett-Jackson berjaya menjual Ferrari milik penyanyi kegemaran Abang Japar iaitu Justin Bieber pada harga luar biasa – USD434,500. Mahal untuk piawai harga di Amerika.

Tapi ini adalah milik artis kan? Jadi ia adalah versi istimewa yang akan direbut oleh peminatnya. Apatah lagi bagi jutawan yang mampu beli dan bagi anak dara dia pakai bawak pergi kolej. Bila member tanya, bangga lah sebab ia adalah kereta asal Justin Bieber.

BACA: SUPRA FAST & FURIOUS DILELONG RM753K

Bagi menarik pembeli membida dengan lebih tinggi, agensi Barrett-Jackson memberhentikan beberapa kali sesi bidaan dengan memberi nilai tambah pada bakal pemenang. Ia termasuklah tiket eksklusif belakang pentas pada persembahan Bieber.

Jika mengikut harga jualan semasa sebuah 458 Italia standard, sekitar USD200,000. Tapi Bieber ni ada taste juga lah. Kereta ini telah ditingkat-taraf oleh West Coast Custom, rumah penala terkenal di kalangan selebriti Amerika.

Kereta ini telah dipadankan dengan kerja-kerja custom seperti salutan badan oleh Forgiato, bodykit widebody dari Liberty Walk, rim 20 inci dan juga sistem audio lengkap yang mahal.

BACA: AVENTADOR WIDE BODY DARI LB PERFORMANCE

Enjinnya bagaimanapun tak disentuh, 4.5 liter V8, 570PS dan 540NM tork.  Biasalah, Bieber kau ingat reti sangat ke nak kawal kereta macam ni? Kalau dah modified dengan 1000hp, kereta ni mungkin dah ada dalam kedai ketuk body agaknya.

Agaknya lah.

 

 

Tags
Google ads
Back to top button