Artikel Pilihan

AUDI REMPUH LOBI HOTEL SELEPAS PERGADUHAN – BENDA BOLEH LANGGAR BUAT APA SELESAI BAIK-BAIK

Pelanggan sebuah hotel di Shanghai hilang sabar pada 10 Januari lalu dan memandu sebuah Audi A5 convertible miliknya ke dalam lobi hotel tersebut. Ia dikatakan ekoran perbalahan dengan kaki tangan hotel tentang kehilangan komputer riba.

Insiden ini tular di media sosial China, Weibo. Rakaman dari beberapa sudut berbeza menunjukkan kereta tersebut merempuh pintu berpusing sebelum dipandu dalam ruang lobi hotel sebelum cuba keluar kembali untuk melarikan diri.

Kedengaran suara terjerit-jerit yang tak berapa didengar kalau diterjemahkan boleh didengar sepanjang rakaman.

Beberapa kaki tangan hotel dilihat cuba mengeluarkan pemandu terbabit keluar dari kereta tapi gagal kerana pintu berkunci. Pemandu pun siap mengundur dalam lobi hotel untuk melarikan diri.

Walaupun nampak kecoh tapi syukurlah tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kalau tidak tak pasal-pasal kena dakwa cubaan membunuh. Korang rasa apa hukumannya kat China?

Menurut polis pemandu terbabit yang dikenali sebagai Chen sudah ditahan untuk siasatan lanjut. Habis la kau Chen. Patut selesai elok-elok sebelum ambil tindakan macam ni.

Beliau dikatakan tidak berpuas hati kerana kehilangan komputer riba sebelum insiden dan bertekak dengan staf hotel berkenaan. Yang peliknya menurut staf hotel terbabit, komputer riba itu kemudiannya dijumpai di luar hotel selepas dikatakan dicuri. Eh, dah curi takkan tinggal kat luar hotel kot? Pelik juga cerita ni.

Apa pun Chen bakal dikenakan dakwaan akibat tindakan perbuatannya yang membahayakan nyawa orang ramai dan merosakkan harta benda. Dah la tahun baru Cina dah dekat ni. Haiyaa…

Google ads
Back to top button