Artikel Pilihan

TESLA MENJUNAM KE KOLAM RENANG PEGUAM DISNEY AKIBAT SALAH TEKAN PEDAL

Betullah Tesla ni ada Mod Kapal selam. Tengok gambar ni, siap berendam dalam kolam lagi. Tak adalah ini sebenarnya ialah sebuah Tesla yang terjunam ke dalam seuah kolam renang akibat kesilapan pemandu yang tersilap tekan pedal. Nak tekan brek tapi pergi tekan pedal minyak (eh, Tesla mana pakai minyak).

Lagi teruk kerana ia bukannya kolam renang di rumah sendiri tetapi kolam renang sebuah kediaman yang dimiliki oleh seorang peguam berpengaruh Disney. Aduh dengar pun dah rasa migrain.

Gambar Tesla Model 3 yang tenggelam ini dikongsikan oleh Jabatan Bomba Pasadena yang menyatakan kemalangan berlaku di sebuah tempat pakir berhampiran akibat kelalaian pemandu.

Syukurlah kedua-dua pemandu dan penumpang yang berusia 4-tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berhampiran. Sebenarnya insiden macam ni dah selalu berlaku cuma kali ini ia melibatkan sebuah Tesla jadi riuh la sikit. Semoga kita semua akan lebih berhati-hati semasa memandu.

Google ads
Back to top button