Artikel Pilihan

AUDI S5 CABRIOLET = GAYA MEWAH + PLAYBOY PENCEN + KELAJUAN

Model Audi sejak beberapa tahun kebelakangan ini harus diakui semakin lama semakin mengancam. Jikalau dahulu mungkin kelihatan sedikit boring dan terlampau kelihatan ekslusif. Tapi itu dulu, lihatlah sahaja model seperti A5. Masih mengekalkan ciri esklusif tapi dalam masa yang sama masih juga kelihatan sporty. Tapi yang ini bukanlah sembarang model Cabriolet. Ianya telah diberikan lencana S5.

Siri S dalam Audi ini merupakan rangkain model berprestasi tinggi tetapi masih lagi berada di bawah tangga RS. Audi sebenarnya telah pun memperkenalkan generasi ketiga model A5/S5 ini pada tahun 2017 sementelah generasi sebelumnya berada dalam pasaran semenjak tahun 2013 sebelum berganti model baharu.

Jelas sekali Audi S5 Cabriolet ini menampilkan ciri rekaan Playboy pencen. Sebabnya ianya mempunya empat tempat duduk yang selesa dan luas, cukup sesuai untuk membawa pasangan dan anak kecil bersiar – siar.

Walau pun muka hadapannya hampir seiras dengan tipikal model A5/S5 yang lain, tetapi ianya dibezakan dengan rekaan bampar baharu yang lebih segar dan nampak garang. Penampilan garangnya berterusan di bahagian belakang, apabila tip ekzos berkembar dua kiri dan kanan.

Paling penting, kabin Audi S5 Cabriolet ini berupaya memuatkan empat penumpang tanpa masalah. Apatah lagi ianya cukup selesa dan mewah apabila tempat duduknya dibalut dengan kulit Nappa. Namun Cabriolet ini barangkali tampil berbeza dengan tipikal model Cabriolet yang lain, lebih menggunakan formasi tempat duduk 2+2.

Makna kata, ruang tempat duduk belakang cukup sempit. Akan tetapi tidak pada S5 Cabriolet ini. Ianya cukup selesa hatta untuk dihuni oleh penumpang dewasa di kerusi belakang. Dan kelebihan utamanya sudah tentu terletak pada panel bumbung yang boleh disimpan sewaktu mengambil angin petang.

Enjinnya pula cukup berkuasa apabila ianya menggunakan 3.0 liter TFSI  V6 untuk menggerakan badan kereta yang agak besar ini. Enjin yang mampu menghasilkan kuasa 354 HP dan  500 Nm ini digandingkan dengan kotak gear tiptronic lapan kelajuan serta dipadankan sistem Quattro, sebuah sistem pacuan semua roda milik Audi.

Audi S5 Cabriolet ini dijual pada harga sekitar $120,000 (RM479,640).

BACA : AUDI MALAYSIA PERKENALKAN AUDI A3 DAN A5 SPORTBACK

BACA : PANDU UJI AUDI S5 SAMPAI REMUK. BETUL-BETUL UJI KEMAMPUAN KERETA!

Google ads

B K

"
"
Back to top button