Artikel PilihanBuletin

AWAS PENIPUAN TOYOTA SCAM

 

Orang kalau nak menipu ada pelbagai cara, sebenarnya ada sejuta cara kalau nak menipu. Baru-baru ini, UMW Toyota telah mengeluarkan amaran berkenaan satu sindiket yang dikatakan mula dikesan beroperasi menggunakan jenama Toyota.

garaj - toyota roadshow

Senario 1

Orang persendirian menyamar sebagai wakil dari UMW Toyota melawat rumah pelanggan. UMW Toyota ingin memaklumkan bahawa mereka TIDAK sama sekali melakukan lawatah ke rumah MELAINKAN ia diminta atau dipersetujui oleh pelanggan dalam sistem ‘Pick-Up & Delivery Service’. Tiada istilah ‘walk-in’ dalam Prosedur Operasi Standard UMWT.

Senario 2

Sindeket mengedarkan email yang mengumumkan bahawa anda memenangi hadiah dalam program ‘Toyota Lottery’. Ia meminta anda membalas email dengan mengisi borang atau maklumat diri seperti data peribadi dan nombor akaun bank. Sila jangan respon.

Ms. Khoo won the new Toyota Camry Hybrid-mekanika

Toyota tidak pernah menganjurkan peraduan begitu. Semua pengumuman akan dibuat dalam laman web rasmi mereka.

Kepada anda yang inginkan pengesahan, sila dail 1800-8-TOYOTA (869682)

 

Google ads
Back to top button