Buletin

BAIC F40 – SUV RUGGED UNTUK PERGI BERKHEMAH

Apabila menyebut tentang SUV, berani untuk BK nyatakan bahawa dalam dunia sudah tidak ada rekaan SUV yang rugged sebegini. Kalau ada pun, bilangannya terlalu sedikit. Ini bukanlah SUV yang untuk nampak sporty dan keluar pergi berjalan – jalan ke Bangsar. Ini adalah sebuah SUV yang rugged, cukup sesuai untuk dipandu ke pinggir pantai Port Dickson. Inilah dia BAIC F40.

Penampilan luaran model BAIC F40 ini sememangnya cukup menepati citarasa buat mereka yang berimej rugged, lasak dan liar. Sang pemandu pasti diimaginasikan memakai topi koboi atau setidaknya memakai key di kepala. Muka hadapannya BAIC F40 ini boleh dikatakan agak seiras dengan model BJ40 Plus. Lampu utama jenis LED mengapit gril berbentuk U kembar lima di bahagian tengah.

Bampar SUV ini turut menampilkan rekaan yang rugged dengan rekaan ala skid plate di bahagian bawah berserta dengan lampu sorot di penjuru kiri dan kanan bampar. Manakala ruang fender yang terkeluar dan menyerlah itu cukup membuatkan imej rugged yang ingin ditampilkan.

Dengan penggunaan tayar tebal, 265/65 R17 membuatkan lagi ianya kelihatan lebih tinggi, kira – kira 210 mm dari tanah. Cukup tinggi untuk memudahkan ianya meredah sebarang bentuk muka bumi. Untung juga pemijak telah tersedia pasang. Tidaklah pening kepala nak kena pergi kedai aksesori pasang pula lepas keluar dari pusat pameran.

Manakala bahagian belakang, jelas sekali tiada sebarang kerusi disediakan. Yang ada hanyalah hampran dek belakang untuk membawa barang camping atau pun buah durian. Cukup luas dengan kapasiti 520 liter.

Bahagian kabin pula menampilkan sedikit imej mewah apabila menampilkan balutan kulit di tempat duduk. Papapran LCD untuk kluster meter bersaiz 12.3 inci berupaya membantu pemandu untuk melihat info penting kenderaan manakala paparan skrin sesentuh bersaiz 10 inci akan membantu pemandu untuk menghiburan hati mahu pun petunjuk ke jalan yang benar lagi diredhai.

Dari segi ciri keselamatan, ianya masih dilengkapi dengan beberapa ciri standard sebuah kereta moden seperti ABS=EBD, ESP, TCA, HAC dan juga EPB. Malah model ini turut dilengkapkan dengan mode Snow / Sport.

Untuk trenkuasa, ianya menggunakan enjin berkuasa turbo 2.0 yang cukup berkuasa. Ianya mampu bergerak dari titik pegun ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 9 saat sahaja. Enjin yang cukup berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear auto lapan kelajuan. Dan paling penting, sudah tentu ianya dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda. Barulah betul betul rugged kan.

Dan untuk menjadikan ianya betul betul rugged dan bergaya, tayar simpanan semestinya disangkut di bahagian belakang. Bukannya jenis sorok tayar bawah bampar belakang. Kan?

BACA : BAIC BJ40 PLUS – NAMPAK MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA

BACA : BAIC BJ60 GABUNG ELEMEN REKAAN JEEP, TOYOTA LAND CRUISER DAN FORD EXPLORER

Google ads

B K

Back to top button