Buletin

BANGKAI IKAN PAUS SEPANJANG 10 METER SANGKUT PADA KAPAL TANGKI

Seekor bangkai ikan paus ditemui tersangkut pada sebuah kapal tangki Jepun yang berlabuh di pelabuhan Mizushima, Kurashiki di negara itu baru-baru ini.

Bangkai ikan paus sepanjang hampir 10 meter itu tersangkut pada bahagian hadapan kapal tangki tersebut.

Menurut media tempatan Yomiuri, kapal tangki berkenaan telah belayar sepanjang Lautan Pasifik ketika dalam perjalanan ke pelabuhan terbabit.

Anak kapal mendakwa mereka tidak menyedari ‘kehadiran’ ikan paus tersebut malah tidak mengetahui ia dilanggar.

“Saya telah menangkap ikan sejak berdekad-dekad dan ini merupakan pertama kali melihat ikan paus,” kata seorang nelayan yang menyaksikan ikan paus berkenaan diangkut daripada kapal tangki itu.

Salah seorang saksi yang berusia lebih 80 tahun turut mempunyai pendapat sama apabila melihat ikan paus buat pertama kali dalam hidupnya di pelabuhan berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Sumber dan Biologi Institut Penyelidikan Perikanan, Riki Tamura berkata ikan paus berkenaan merupakan daripada keluarga Rorqual yang termasuikan paus sirip.

Ia merupakan spesies ikan kedua terpanjang di dunia selepas paus biru dan mampu memcecah sepanjang 27.3 meter serta berat 74000 kg. – dailymail

Google ads
Back to top button