Buletin

BANK ISLAM SEDIA MORATORIUM UNTUK MANGSA BANJIR

Untuk pelanggan Bank Islam yang melanggan perkhidmatan kewangan dengan institusi kewangan tersebut bakal menarik nafas lega apabila Bank Islam menawarkan moratorium untuk semua pelanggan mereka yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu sekarang ini.

Program Prihatin khusus untuk mangsa bencana banjir ini bertujuan meringankan bebanan kewangan pelanggan mereka di bawah kemudahan Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan juga Pembiayaan Kenderaan. Mereka yang layak boleh memohon moratorium sehingga 6 bulan namun tertakluk pada syarat-syarat ang ditetapkan oleh pihak Bank Islam

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata ” Bank Islam sentiasa meneliti perkembangan terkini bencana banjir di kawasan-kawasan terjejas dan mengambil langkah proaktif membantu pelanggannya yang terjejas ekoran bencana berkenaan”

“Kami sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami dalam menangani situasi semasa khususnya dengan keadaan banjir yang buruk serta pandemik COVID-19 yang masih melanda negara. Ini kerana kesejahteraan masyarakat dan pelanggan bank sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam” ujar Mohd Muazzam Mohamed

“Kami berharap program ini dapat bantu melegakan kebimbangan mereka terhadap komitmen kewangan di waktu yang sungguh mencabar ini. Bank Islam akan terus komited untuk membantu dan mnyokong negeri-negeri yang terjejas dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjamin” tambah beliau.

Para pelanggan boleh membuat panggilan kepada Pusat Panggilan Bank Islam di nombor 03 2690 9000 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Program Prihatin Bank Islam. Permohonan mengenai Program Prihatin ini boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat

Sumber -siaran media Bank Islam

Google ads
Back to top button