Buletin

BANTUAN MOBILE PROTON

Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan servis baharunya Mobile Assist yang menawarkan bantuan kepada pemilik Proton apabila berlakunya kerosakan di jalan raya.

proton-mobile-assit-mekanika (4)

Perkhidmatan berkenaan yang sudah pun bermula itu terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan 24 unit kenderaan Proton iaitu tiga unit Exora dan 21 unit Persona yang akan dioperasikan oleh Proton Edar.

Kenderaan tersebut dilengkapi pelbagai peralatan yang dapat melakukan pembaikan dengan segera.

proton-mobile-assit-mekanika (5)

Sementara fasa kedua akan bermula 1 April dan melibatkan 12 unit Exora yang juga dikendalikan oleh Proton Edar. Fasa ketiga pula bermula 1 Mei. Kali ini, 52 unit kenderaan yang digunakan dioperasi oleh pusat cawangan 4S dan 3S Proton terpilih.

Selain itu, Proton turut melancarkan semula talian hotline 1800 888 398 yang menjadi pusat sehenti panggilan untuk pertanyaan dan servis.

proton-mobile-assit-mekanika (3)

Pelanggan boleh membuat temu janji jadual servis atau aduan berkaitan produk dan servis Proton menerusi talian berkenaan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button