Artikel Pilihan

BANYAK KELEBIHAN GEAR KLAC BERKEMBAR DCT.

Proton X70 yang dikemaskini datang dengan Transmisi Klac Berkembar 7 kelajuan dan Hyundai Kona pun bakal diperkenalkan dengan tranmsisi yang sama. Nama lama seperti Volkswagen (DSG) , Ford (PowerShift) dan Mercedes telah lama menggungakan transmisi DCT sebagai transmisi pilihan untuk kenderaan mereka

Jadi kami senaraikan beberapa kelebihan transmisi DCT jika dibandingkan dengan transmisi manual, transmisi automatik biasa dan juga transmisi CVT.

1. Kecekapan mekanikal – berbeza dengan transmisi auto dan CVT yang digandingkan dengan sistem penukar tork (torque converter), transmisi DCT/DSG akan disambungkan kepada enjin melalui klac mekanikal. Jika ia melalui penukar tork, terdapat kehilangan tenaga melalui penggunaan cecair hidraulik sebagai medium penghantar.

Melainkan transmisi tersebut dapat mengunci klac dengan pantas seperti Mazda SkyActiv Drive, maka terdapat kemungkinan adanya kehilangan tenaga di dalam torque converter dan sistem mungkin sehingga 20%. Cuba anda hantar ke mesin Dyno untuk ujian.

2. Lebih berkuasa dan lebih jimat bahan api – disebabkan ia memliki kecekapan mekanikal yang tinggi melebihi 90%, maka transmisi DCT berupaya membawa lebih banyak kuasa yamg dihasilkan dari enjin kepada tayar dengan lebih efisyen. Ia juga bermakna pengunaan bahan api menjadi lebih cekap sehingga 6-10% berbanding dengan gear automatik biasa

3. Penukaran gear yang pantas – sistem transmisi klac berkembar, seperti namanya menggunakan 2 set klac yang berbeza. Satu klac akan memegang gear genap, dan satu klac memegang gear ganjil. Operasi sistem ini sangat unik, hanya satu klac beroperasi dalam satu masa. Katakanlah DCT sedang menukar gear 3 kepada 4, ini yang akan berlaku.

Sebaik sahaja klac gear 3 melepaskan gigi gear, satu lagi klac akan bersambung dengan gear 4. Proses ini berlaku dengan serentak dan bagi sistem DSG (Direct Shift Gear) yang digunakan oleh Volkswagen, proses ini berlaku dalam masa 200milisaat.

4. Pilihan Mode – disebabkan penukaran gear DCT dikawal sepenuhnya dengan sistem mekatronik dan juga perisian komputer, maka pengeluar boleh menetapkan pelbagai tetapan untuk proses penukaran gear samaada mode Eco (memaksimakan penggunaan bahan api, gear tinggi ditukar awal), Normal (mode biasa bagi keselesaan pemandu), Sport (gear ditukar pada RPM tinggu untuk prestasi maksimum).

5. Pilihan gear – pengeluar kenderaan juga boleh menghasilkan satu gear bagi membenarkan pemandu menukar gear mengikut kehendak pemandu dalam sequential mode. Pilihan ini boleh dibuat dengan menggunakan tombol gear ataupun unit paddle shif. Bukanlah boleh menukar terus seperti gear manual, tapi dalam turutan 1-2-3-4-5-6-7 terutama sekali ketika memandu di jalan yang berselekoh. Untuk operasi automatik, biarkan saja ia dalam tetapan D

6. Operasi Klac, lebih feel – disebabkan ia beroperasi dengan menggunakan klac dan pemandu boleh menukar gear serta mampu menukar gear mengikut kehendak pemandu, maka ia menawarkan lebih feel dan kepuasan pemanduan berbanding dengan transmisi automatik yang lain

Google ads
Back to top button