Buletin

TAK CUKUP TEMPAT, VAUXHALL NAK JUAL KOLEKSI KERETA WARISAN

Ini sesuatu yang jarang kami dengar, pengeluar kenderaan mahu melepaskan 11 unit koleksi kenderaan disebabkan ruang terhad.  Vauxhall Motors mahu menjual kenderaan dari Heritage Collection sebelum dipindahkan pada hujung tahun 2020.

Kenderaan itu bukan dari koleksi simpanan utama dan ada di antaranya memerlukan pembaikan semula (recommissioning) dan dibuka untuk bidaan dalam talian Brightwells pada 24 September 2020.

Tawaran itu melibatkan sembilan buah kereta, sebuah van dan koc ditawarkan tanpa harga rizab. 

Koleksi yang ditawarkan boleh tahan menarik seperti M-Type 14/40 Melton tourer tahun 1924 dan paling baharu ialah Corsa Black Edition tahun 2013.

Juga menarik ialah koc Bedford WHB tahun 1931 14 tempat duduk, Chevette tahun 1982 yang berada dalam keadaan sangat baik dan Victor FC Estate tahun 1966 yang sukar ditemui.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Vauxhall, Simon Hucknall, mereka mahu mengutamakan unit paling penting dan ikonik yang dikeluarkan dari 1903 dan 2017.

Menurut beliau lagi, Vauxhall mempunyai 80 buah kenderaan dan banyak darinya adalah model pendua dan ada yang memerlukan pembaikan semula atau baik pulih penuh dan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukannya.

Berikut ialah senarai kenderaan yang dibuka untuk bidaan:

14/40 M-type 1924

  • Anggaran £12-16k (RM65.7k-RM87.6k), tiada rizab. 
  • Milik Vauxhall Heritage sejak 1998. 
  • Sebahagian telah ditanggalkan. 
  • Dokumen tahun 1925 masih disimpan. 
  • Tayar Chevron Cord baharu. 
  • Perlu pembaikan pada bahagian mekanikal.

Bedford WHB 1931 14 tempat duduk

  • Anggaran £10-12k/ (RM54.7k-RM65.7k), tanpa rizab.
  • Dibeli oleh Vauxhall dari pemilik asal, Arlington Motor Company Ltd. pada tahun 1999.
  • Perlu pembaikan semula.

ASY Light Six 1934

  • Anggaran £3-5k (RM16.4k-RM27.3k), tiada rizab.
  • Dimiliki oleh Vauxhall sejak 1999.
  • Didaftarkan di Cheltenham, Gloucs.
  • Dokumen pendaftaran asal. 
  • Perlu pembaikan mekanikal.

H-type 10/4 1937

 

  • Anggaran £2-3k (RM10.9k-RM16.4k), tiada rizab.
  • Dikenali sebagai The Duchess
  • Diwariskan kepada Vauxhall oleh pemilik asal yang membelinya sewaktu remaja pada tahun 1938.
  • Dalam keadaan asal dan lengkap, perlu pembaikan semula.

FC Victor Estate 1966

  • Anggaran £3-4k (RM16.4k-RM21.9k), tiada rizab.
  • Dimiliki Vauxhall sejak tahun 1999.
  • Perlu pembaikan pada brek dan kimpalan pada bendul kereta.

Chevette L 1981 

  • Anggaran £4-5.5k (RM21.9k-RM30.1k), tiada rizab.
  • Mempunyai rekod fail yang banyak.

Combo 1997

  • Anggaran £800-1k (RM4.38k-RM5.47k), tiada rizab.
  • Keadaan luar dalam sangat baik.
  • Sukar ditemui (rare).
  • Dimiliki Vauxhall sejak 2017.
  • Digunakan pada pelancaran model van Combo baharu.

Corsa C 1.8 2004 

  • Anggaran £1-2k (RM5.47k-RM10.95k), tiada rizab.
  • Model 1.8 SRi sukar ditemui.
  • Digunakan di dalam pemasaran dan pelancaran Corsa generasi terakhir.

Zafira GSi 2004

  • Anggaran £600-1k (RM3.28k-RM5.47k), tiada rizab.
  • Dimiliki oleh bekas pembaik pulih Vauxhall Heritage Centre sebelum dimasukkan ke Vauxhall Collection.
  • Rekod fail sejarah yang ekstensif.

Vectra C 2.0T 2007 

  • Anggaran £2-4k (RM10.95k-RM21.9k), tiada rizab.
  • Perbatuan rendah

Corsa D Black Edition 2013

  • Anggaran £2-3k (RM10.59k-RM16.43k), tiada rizab.

BACA: VAUXHALL FIRENZA ‘DROOPSNOOT’, COUPÉ ERA FORD CAPRI

BACA: PADA 2004 VAUXHALL VXR220 DIPERKENAL, ‘SEPUPU’ LOTUS ELISE

BACA: VAUXHALL VXR8 GTS-R, ENJIN LSA 6.2L V8!

Google ads
Back to top button