
FIRMA EV INDONESIA, BARAN ENERGY PERKENAL MOTOSIKAL ADV ELEKTRIK ANUBIS CRUISERCROSS
Momentum untuk pasaran motosikal elektrik semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Justeru, pengeluar dilihat semakin giat meneroka pelbagai kategori motosikal elektrik yang melangkaui skuter atau off-roader.
Terbaharu, firma EV dari Indonesia, Baran Energy telah membangunkan Anubis CruiserCross sebuah ADV elektrik dengan penampilan futuristik.
Anubis CruiserCross mempunyai reka bentuk badan yang futuristik dengan panel badan minimalis dipasang menjadi tarikan estetika kepada motosikal itu. Paruh gaya model ADV yang besar dan penutup fork serta selongsong bateri sememangnya direka untuk mempamerkan gaya motosikal lasak.
Dengan pek bateri 6.3kWh dan motor elektrik berkuasa 46.6hp dan tork 106Nm, jentera elektrik itu mampu mencatat kelajuan tertinggi 100km/j dengan jarak perjalanan sehingga 132km. Memandangkan motosikal elektrik itu bertujuan untuk menjadi sebuah model adventure, jarak mungkin menjadi masalah atau mungkin tidak cukup bagi perjalanan yang jauh.

Asas motosikal ini terdiri daripada fork terbalik dan sistem suspensi monoshock. ADV tersebut dilengkapi brek cakera pada kedua-dua rodanya. Ia juga dilengkapi kluster instrumen digital, sistem pencahayaan LED, selain ruang penyimpanan dalam tangki bahan api seperti motosikal biasa.
Berdasarkan imej, nampaknya CruiserCross akan ditawarkan dalam dua versi iaitu yang dilengkapi roda aloi dan mungkin direka untuk digunakan di jalanan. Versi kedua pula dipasang dengan rim lidi yanglebih sesuai untuk tunggangan off-road.
Baran Energy bagaimanapun masih belum mendedahkan harga dan tarikh ketersediaan motosikal elektrik itu kepada umum.
- BACA: GD EXPRESS GUNA MOTOSIKAL ELEKTRIK. INISIATIF GO GREEN KURANGKAN PELEPASAN GHG
- BACA: KAWASAKI JUAL MOTOSIKAL ELEKTRIK SAHAJA DI PASARAN MEMBANGUN MENJELANG TAHUN 2035
- BACA: NI HSIN, TAILG METERAI MOU. BAKAL BIKIN MOTOSIKAL ELEKTRIK
- BACA: NAWARACER MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA DIJANA KAPASITOR ULTRA
GALERI:







