Motosikal

NAWARACER MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA DIJANA KAPASITOR ULTRA

Syarikat pengkhususan dalam pembangunan bateri super teknologi tinggi dan sistem pengecasan, Nawa Technologies bakal merubah landskap motosikal elektrik.

Nawa Technologies membangunkan gabungan teknologi bersih dan nano dalam menghasilkan elektrod unik yang digabungkan ke dalam Bateri Karbon Ultra Pantas.

Teknologi baharu dikenali sebagai kapasitor ultra itu mampu menyimpan lebih banyak elektrik dan mengecas lebih pantas menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi.

Salah satu digunakan pada NawaRacer yang merupakan motosikal elektrik pertama di dunia dijana kapasitor ultra.

Jika dilihat, jentera berkenaan sama sahaja seperti motosikal elektrik yang berada di pasaran.

Bagaimanapun, teknologi yang dipadankan oleh Nawa pada model konsep motosikal itu akan merubah masa depan pasaran motosikal elektrik.

NawaRacer menjanjikan 10 kali ganda kuasa dan lima kali ganda tenaga berbanding bateri ion litium konvensional dipadankan pada kenderaan elektrik.

Motosikal elektrik yang mendapat inspirasi daripada rekaan jentera café racer 1960-an itu hadir dengan berat 150 kg sahaja sekali gus lebih ringan berbanding motosikal elektrik lain.

Dengan dilengkapi teknologi kapasitor ultra, ia mampu menampung bateri yang lebih kecil membuatkan jentera terbabit ringan.

Nawa mendakwa jentera baharu tersebut mampu menjelajah sehingga 300 km dalam jarak bandar dan berupaya mengecas sebanyak 80 pertus dalam tempoh satu jam sahaja.

Dalam pada itu, NawaRacer mampu memecut pada kelajuan maksimum mencecah 160 km/j.

Bila ia bakal berada di pasaran, hanya masa akan menentukan. – rideapart

Google ads
Back to top button