
WRC 2022 – OTT TANAK UNGGUL UNTUK MEJUARAI YPRES RALLY BELGIUM
Pelumba pasukan Hyundai, Ott Tanak berjaya memenangi perlumbaan di Ypres Rally Belgium sekali gus memastikan memontum kemenangan berterusan berturut – turut setelah melakukannya sebelum ini di Rally Finland sebelum ini.
Pelumba kelahiran Estonia, Ott Tanak berjaya menduduki tahta perlumbaan di Belgium setelah pelumba tuan rumah yang juga rakan sepasukan beliau, Thierry Neuville yang terbabas sekali gus kehilangan masa. Situasi ini barangkali sedikit mengecewakan buat Thierry Neuville yang berharap dapat melakukan kejayaan sekali lagi di kampung halaman beliau.

Ott Tanak hanya berbeza 8.2 saat sahaja di hadapan Elfyn Evans yang turut mempamerkan pemanduan yang cemerlang untuk mengekori jentera Hyundai i20 N Rally1 yang ternyata lebih pantas sedikit di Belgium. Kejayaan Ott Tanak ini bermakna beliau masih lagi mengejar pendahulu Kalle Rovanpera yang hanya berupaya mengutip lima mata bonus di Wolf Power Stage setelah mengalami kemalangan sebelumnya.
Menurut Ott Tanak, kejayaan di Belgium cukup mengejutkan sama seperti yang berlaku di Finland. “Ianay sesuatu yang bagus untuk melihat keputusannya tetapi masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan dan masih ada lagi kerja yang perlu dilakukan”, ujar beliau lagi.
Sementara itu, seorang lagi pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing, Esapekka Lappi melengkapkan senarai podium menjadikan dua buah jentera Toyota GR Yaris Rally1 berjaya melakukannya. Setidaknya, mata yang dikutip berjaya untuk menjarakkan lagi pungutan mata bagi kategori Pengeluar. Sudah pasti Esapekka Lappi gembira dengan keputusan ini setelah melakukannya di Finland sebelum ini.

Manakala seorang lagi pelumba muda pasukan Hyudai Shell Mobis, Oliver Solberg yang sering kali mengalami kegagalam untuk menamatkan saingan akibat dalam siri perlumbaan musim ini akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat keseluruhan. Satu keputusan yang terbaik pernah dicapai oleh anak kepada lagenda rali Petter Solberg ini.
Seorang lagi pelumba yang tidak beberapa muda pasukan Toyota Gazoo Racing, Takamoto Katsuka pula terus mempamerkan pemanduan yang konsisten apabila berjaya menamatkan kedudukan kelima keseluruhan setelah ketinggalan 2 minit lebih di belakang Oliver Solberg. Sebetulnya Takamoto Katsuka mengalami sedikit masalah dengan jentera belia membabitkan isu transmisi dan juga unit hibrid namun masih berupaya menamatkan saingan. Sepanjang musim ini semenjak perlumbaan di Sweden, beliau berjaya menamatkan saingan di kedudukan enam teratas setiap kali saingan.
Perlubaan berikutnya bakal berlangsung di Greece minggu kedua September nanti.
Kedudukan Mata Pemandu
- Kalle Rovenpera – 203 mata
- Ott Tanak – 131 mata
- Elfyn Evans – 116 mata
Kedudukan Mata Pengeluar
- Toyota Gazoo Racing – 381 mata
- Hyundai Shell Mobis – 293 mata
- M-Sport Ford WRT – 188 mata
BACA : WRC 2022 – OTT TANAK MENANG BUAT KALI KETIGA DI RALLY FINLAND
BACA : WRC 2022 – KALLE R0VANPERA SEKALI LAGI MELAKUKANNYA DI ESTONIA. INILAH DIA CALON JUARA WRC!