
M-SPORT FORD – SIAPAKAH BARISAN PEMANDU MEREKA MUSIM 2023 NANTI?
Kempen FIA World Rally Championship (WRC) 2023 bakal bermula tidak berapa lama lagi, namun pasukan M-Sport Ford menjadi satu – satunya pasukan yang belum dapat mengesahkan barisan keseluruhan pemandu bagi bagi musim hadapan.
Namun pasukan British tersebut hanya mengesahkan seorang lagi pemandu muda dari Perancis, Pierre-Louis Loubet untuk mengisi kerusi pemandu jentera kedua mereka, Ford Puma Rally1. Pemandu berusia 25 tahun itu bakal memandu untuk semusim penuh tahun 2023.

Musim ini, prestasi Pierre-Louis Loubet yang hanya memandu beberapa lokasi terpilih sahaja berjaya membuktikan mengapa beliau layak untuk memandu semusim penuh bersama pasukan M-Sport Ford apabila berjaya dua kali menduduki tempat empat keseluruhan di Itali dan Greece. Malah musim ini Pierre-Louis Loubet beberapa kali menduduki pendahulu peringkat (SS) perlumbaan.
Dan bagi musim hadapan, Pierre-Louis Loubet bakal berganding dengan Nicolas Gilsoul yang sebelum ini bergandingan dengan Thierry Neuville selaku Juruarah. Pengesahan berita ini, selepas pasukan M-Sport Ford berjaya mendapatkan Ott Tanak selaku pemandu utama mereka bagi musim hadapan.
Bagi Pierre-Louis Loubet sendiri, sudah tentu ini berita yang cukup dinantikan. Menurut beliau, “Untuk menjadi pemandu rasmi dan mengutip mata bagi pasukan M-Sport Ford adalah sesuatu yang saya sentiasa mahukan. Saya gembira dengan kepercayaan yang diberikan. Apatah lagi dapat bekerjasama bersama Ott Tanak, dan ianya sesuatu yang cukup istimewa.”
Manakala bagi Pengarah Urusan M-Sport Ford Malcolm Wilson pula percaya kerjasama diantara bekas juara WRC Ott Tanak bakal memberikan kejayaan dengan lebih cepat buat Pierre-Louis Loubet. Situasi yang sama juga ketika Ott Tanak bersama pasukan M-Sport Ford pada tahun 2017 yang mana beliau berganding dengan Sebastian Ogier.
Tetapi dalam masa yang sama, pasukan M-Sport Ford masih belum dapat mengesahkan siapakah pemandu bagi jentera ketiga Ford Puma Rally1 mereka. Ada gosip mengatakan M-Sport Ford bakal mengalami kesukaran untuk mengekalkan Sebastian Loeb sebagai antara pelumba separuh masa bagi musim hadapan disebabkan faktor kewangan setelah berjaya mendapatkan Ott Tanak.

Dalam masa yang sama juga, Gus Greensmith yang turut memandu untuk mereka musim ini disahkan bakal dilepaskan bagi menghadapi musim WRC 2023 kelak. Perkhabaran ini barangkali cukup mendukacitakan buat pemandu British tersebut yang cukup sinonim dengan jentera Ford.
Untuk rekod, Gus Greensmith telah menyertai sukan rali pada tahun 2014 dengan memandu Ford Fiesta R2. Dan kemudiannya beliau terus dinaikkan pangkat untuk memandu jentera Ford Fiesta R5 apabila menyertai M-Sport Ford pada tahun 2016. Dan pada tahun 2020, beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan utama dan memandu Ford Fiesta WRC. Cuma rezeki tidak berpihak kepada beliau apabila aksi beliau musim ini dilihat kurang memberangsangkan.
Sementara itum Gus Greensmith tidak menyatakan lagi apakah perancangan beliau bagi musim 2023 kelak.
BACA : M-SPORT FORD MENGIKAT PIERRE-LOUIS LOUBERT UNTUK TUJUH PUSINGAN
BACA : M-SPORT FORD BERSEDIA UNTUK MENYERLAHKAN LAGI POTENSI FORD PUMA RALLY1. OTT TANAK SAHIH BERSAMA







