Buletin

BARU DUA MINGGU RASMI, JAMBATAN RM2.9 JUTA DAH NAK RUNTUH

Tidak sampai dua minggu dirasmikan, sebuah jambatan yang baru dibina bernilai 10 bilion rupiah (RM2.9 juta) retak dan hampir runtuh.

Sehubungan itu, Ketua Daerah Karawang, Cellica Nurrachadiana meminta pihak ketiga supaya bertanggungjawab atas masalah yang berlaku.

Jambatan yang diberi nama KW6 itu terletak di Karawang Barat, Karawang dan dirasmikan sendiri oleh Cellica pada dua minggu lalu.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Baru dua minggu lepas saya rasmikan dan kini jambatan itu sudah retak dan hampir runtuh.

“Oleh hal yang demikian, saya minta pihak ketiga supaya bertanggungjawab kerana tidak memberikan pendapat atau pandangan yang terbaik mengenai pembinaannya kepada kerajaan tempatan,” katanya.

Keadaan jambatan itu diketahui selepas satu video tular menunjukkan sebahagian daripada strukturnya retak.

Cellica memberitahu, ada pihak yang mendakwa jambatan itu retak kerana berlaku pergerakan tanah.

Sementara itu, beliau mahu masalah tersebut diselesaikan segera dan berharap Karawang mempunyai kemudahan jalan raya yang baik menjelang 2024. – Utusan Online  

Google ads
Back to top button