Buletin

KERETA GOSTAN,JAMBATAN ANGKAT NAIK TANPA AMARAN

Sebuah kereta mengundur selepas laluan di sebuah jambatan angkat di bandar Leuven, Belgium terangkat secara tiba-tiba, baru baru ini.

Ketika kejadian pada 27 Oktober lalu, jambatan angkat itu tiba-tiba dinaikkan tanpa mengeluarkan sebarang amaran.

Kenderaan itu dinaiki tiga bersaudara.

Ia dinaikkan bagi memberi laluan kepada sebuah kapal belayar di bawah jambatan tersebut.

Namun, kejadian itu menyebabkan kereta tersebut bergerak ke belakang dan seterusnya terbalik.

Anggota-anggota bomba kemudian menyelamatkan keluarga tersebut dengan menghantar mereka ke sebuah hospital.

Menurut laporan, ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan yang membawa maut.

Punca kejadian sedang disiasat oleh pihak berkuasa. – SH

Google ads
Back to top button