POLIS CARI INDIVIDU BALING BATU, PECAHKAN CERMIN KENDERAAN
Polis mencari individu membaling batu ke arah sebuah kenderaan melalui Jambatan Bandar Darulaman di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan seperti ditularkan di media sosial sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran video dan WhatsApp yang tular berkaitan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui jambatan itu.
“Dalam hantaran video yang telah dirakam melalui ‘dashcam’ kenderaan berkenaan, didapati beberapa ketul batu telah dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan itu.
“Malah, kita menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti suspek kerana ia memiliki unsur khianat,” katanya dalam satu kenyataan.
Rodzi menegaskan, pihaknya memandang serius perkara itu dan orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu. – SH
- BACA: PRANK TANGAN KAKI MANUSIA TERKELUAR DARI VAN. LELAKI KENA SOAL SIASAT POLIS
- BACA: POLIS TRAFIK KENA LANGGAR MOTOR TAK BUAT LAPORAN SEBAB KESIAN
- BACA: POLIS TAHAN PEMANDU HYUNDAI ELANTRA DAN MYVI PANDU SECARA BERBAHAYA DI JALAN KUCHING
- BACA: LELAKI SOLAT TENGAH JALAN PESAKIT MENTAL. TINDAKAN ANGGOTA POLIS TRAFIK DIPUJI NETIZEN