Buletin

JAMBATAN ESHIMA OHASHI CURAM NAK MATI ATAU ILUSI OPTIK?

Jambatan Eshima Ohashi terletak di Jepun merupakan antara penghubung laluan lalu lintas ‘menakutkan’ terbesar di dunia.

Ia turut dikenali sebagai Roller Coaster Bridge memiliki kecuraman amat menakjubkan seolah-olah kenderaan melaluinya sedang menaiki roller coaster.

Struktur dua laluan berkenaan merupakan jambatan angkat yang memberi laluan kepada kapal kargo melalui Tasik Nakaumi.

Mercu tanda dibina pada tahun 1997 sehingga 2007 itu mendapat perhatian orang ramai terutama apabila melihat betapa curam jambatan tersebut.

Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok, @hecticnick menjelaskan rahsia di sebalik mercu tanda curam yang menjadi viral di media sosial.

Dia memberitahu, jambatan di Jepun tidak seperti yang anda sangka.

“Apabila anda melihat dari jarak jauh, ia kelihatan seperti cerun yang tidak masuk akal.

“Ia seolah-olah seperti bukit gergasi dan mustahil kenderaan dapat melaluinya,” katanya.

Dia yang memiliki 2.7 juta pengikut mendedahkan apabila dilihat secara dekat, curam berkenaan tidaklah menakutkan. – Daily Star/mybestplace

Google ads
Back to top button