Buletin

PEMILIK AUDI RS7 DAPAT MIMPI BURUK – KERETA BERNILAI RM570K DICURI DARI PENJAGA VALET HOTEL

Seorang lelaki mengalami mimpi buruk apabila kereta miliknya, Audi RS7, dicuri ketika dipandu oleh penjaga valet di Hotel Pendry di Fells Point.

Pemilik Audi berkenaan, Brian Eller, memberikan kunci kepada penjaga tersebut, sebelum menuju ke hotel dan keesokan harinya, pengurus hotel tiba di depan pintu, menyampaikan berita buruk.

“Kami ada berita buruk. Kereta anda telah dicuri malam tadi,’” cerita Eller kepada Fox5.

Menurut Eller, kereta itu bernilai kira-kira AS$120,000 (RM570,300) dan membelinya baru-baru ini.

Tambah Eller lagi, dia tidak percaya pengurus itu pada mulanya.

“Saya benar-benar seperti, anda mesti bergurau dengan saya. Ini mesti mimpi. Ini mesti gurauan,” katanya.

Pekerja valet yang didakwa terbabit ialah Jordan Richardson dan menurut polis, dia memandu kereta sedan putih itu ke Canton.

Beberapa ketika selepas itu, Richardson mendakwa bahawa tiga individu lain menahannya lalu masuk dalam kereta dan mencuri kereta itu daripadanya.

Polis berjaya menemui semula kereta itu tetapi malangnya, Audi RS7 tersebut telah pun mengalami kerosakan termasuk terdapat satu tin penuh gas tumpah di dalam kereta.

Menerusi video yang disiarkan, suspensi hadapan, bampar serta fender sisi pemandu kelihatan mengalami kerosakan begitu teruk.

Bertanggungjawab atas insiden itu, pihak hotel bermurah hati memberikan tawaran untuk Eller tinggal secara percuma.

Google ads
Back to top button