Buletin

PENCURI KINI ADA ‘JOB’ BARU, CURI KABEL PENGECAS EV!

Ketika seluruh dunia dalam fasa peralihan kenderaan elektrik sepenuhnya, sudah tentu perkara menjadi sorotan adalah mengenai ekosistem EV, kebolehpercayaan, tempat pengecasan, jenis pengecasan dan sebagainya.

Namun, jarang sekali kita melihat sisi lain, atau sisi kontra fasa peralihan itu walaupun sekecil-kecil perkara.

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa berlakunya kecurian kabel pengecas di mana ia sememangnya mudah untuk dicuri kerana penempatan pengecasan tidak mempunyai sebarang langkah keselamatan.

Dalam kebanyakan kes, mencuri kabel adalah semudah mencabut walaupun ia boleh menjadi lebih rumit jika terdapat beberapa jenis mekanisme penguncian.

Menurut laporan NBC4, penduduk Los Angeles, Bob Schneiderman, menyedari bahawa kabel pengecasan Audi e-tron telah hilang.

Selepas memeriksa rakaman kamera keselamatan, dia melihat seorang lelaki bertopeng dengan hoodie mencabut kord pada awal pagi, sekitar 5.22 pagi.

Pemilik EV mendedahkan bahawa kos untuk penggantian kabel pengecasan ialah AS$2,700 (RM12,291), bergantung kepada jenis kenderaan serta kelajuan pengecasan.

Untuk langkah keselamatan, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk menambah kunci pada pengecas rumah atau mengecas kenderaan elektrik anda di garaj berkunci.

Google ads
Back to top button