Buletin

BELI KERETA TOYOTA DENGAN BANK RAKYAT. PEMBIAYAAN SEHINGGA 100%, PATUH SYARIAH.

Dengan pelanggan mengambil kesempatan atas pengecualian cukai kenderaan yang dimumkan oleh kerajaan, UMW Toyota Motor telah bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk menawarkan pakej pembiayaan sehingga 100 peratus kepada seluruh rakyat Malaysia berusia 18 hingga 65 tahun.

Pakej pembiayaan ini mematuhi prinsip kewangan Islam itu terdiri daripada dua pilhan. An-Naqlu 1 menawarkan pembiayaan 90% yang mengikuti konsep Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB).

Manakala An-Naqlu 2 pula menawarkan pinjaman sehingga 100 peratus yang mematuhi konsep Syariah Tawarruq. Pelanggan boleh membayar balik pinjaman ini dalam tempoh 4 hingga 9 tahun.

Dengan An-Naqlu 2, pelanggan tidak perlu membuat bayaran muka. Skim Graduan menawarkan sifar bayaran muka untuk mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun dan memiliki sekurang-kurangnya diploma dan sudah bekerja lebih tiga bulan.

Bagi mereka yang baru bekerja, penjamin diperlukan untuk proses kelulusan.

AN NAQLU 1 (AITAB) adalah eksklusif untuk warga emas berusia bawah 65 tahun ketika tempoh pinjaman berakhir dan mereka perlu memindahkan pencen mereka ke akaun simpanan Bank Rakyat.

Tawaran kadar promosi istimewa ‘BR Malaysia 2.0’ sah sehingga 30 September 2020. Maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Toyota, Pusat Pembiayaan Auto Bank Rakyat atau cawangannya.

Layari laman web: www.toyota.com.my dan www.bankrakyat.com.my hari ini!

Google ads
Back to top button