Buletin

LELAKI INI DAPAT FRONTIER DARI NISSAN! GANTI FRONTIER LAMA LEBIH 1 JUTA BATU

Ini yang dikatakan penghargaan kepada pelanggan. Brian Murphy dari Chicago menerima pikap Frontier baharu dari Nissan bagi menggantikan Frontier lama milik beliau selepas dipandu melebihi sejuta batu (1.6 juta km).

Frontier tahun 2007 itu ditukar ganti dengan Frontier SV King Cab 4×4 2020 di Nissan M’Lady, Crystal Lake iaitu pengedar yang sama ketika Brian Murphy membelinya berbelas tahun dahulu.

Million Mile Frontier tersebut akan dibersarakan di kilang pemasangannya di Nissan Smyrna, Tennessee.

Dapat Nissan Frontier baharu!

Nissan pertama kali meraikan Brian Murphy dan Frontier miliknya semasa Frontier 2020 dipertontonkan di Pameran Kenderaan Chicago pada Februari 2020.

Walaupun kedua-dua Frontier tersebut dari generasi sama ia sebenarnya berbeza terutama sekali dengan enjin serba baharu 3.8 liter V6.

Dengan usia lebih sedekad dan dipandu jauh Frontier milik Brian Murphy masih menggunakan enjin asal 2.5 liter dengan transmisi lima kelajuan manual.

Brian Murphy merupakan seorang penghantar bebas dan kerap menghabiskan masa selama 13 jam di atas jalan raya. 

Menurut beliau, klac asal pada Frontier King Cab miliknya bertahan sehingga 810,000 batu (1,303,568 km) manakala rantai pemasaan ditukar sebagai penyelenggaran pada 700,000 batu (1,126,540 km).

Radiator dan pengulang-alik (alternator) bertahan sehingga 450,000 batu (724,204 km) dan menariknya kerusi pemandu ditukar pada 500,000 batu (804,672 km).

Dengan penukaran tersebut Brian Murphy memperakui ia masih berjalan dengan baik.

Dah berjalan lebih sejuta kilometer!

Brian Murphy berusia 62 tahun dan beliau mahu mengurangkan waktu bekerja dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan berkemungkinan tiada lagi Million Mile Frontier kedua namun masih terbuka mengenainya.

Nissan memasang Frontier 2020 di kilang Canton, Mississipi dan berbeza dari Frontier 2007 yang dipasang di kilang Smyrna. Kilang di Canton itu juga lokasi pemasangan Frontier serba baharu.

Berbeza dengan pasaran global lain yang ditawarkan dengan Navara D40, pasaran Amerika Syarikat masih menggunakan Frontier atau Navara D23 dan seperti yang dimaklumkan akan terus diganti dengan Frontier generasi baharu.

BACA: INI HARGA NISSAN FRONTIER 2020 DI AS (IYA, MODEL NAVARA LAMA MASIH DIJUAL)

BACA: NISSAN FRONTIER DESERT RUNNER, ENJIN 5.6L V8 TURBO!

BACA: NISSAN JUKE AUSTRALIA, 1.0 TURBO 3 SILINDER DAN DCT!

Kredit: Nissan

Google ads
Back to top button