Buletin

NISSAN GT-R BAHARU BAKAL MUNCUL PADA TAHUN 2023. GUNA KUASA HIBRID?

Ketika Nissan GT-R R35 dilancarkan 13 tahun lalu, jentera keluaran Jepun itu menjadi antara supercar terbaik di pasaran.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun berlalu, jenama GT-R bukan lagi menjadi kuasa dominan malah memerlukan perubahan drastik untuk bersaing dalam pasaran hari ini.

Menurut laporan Auto News, model terbaharu GT-R kemungkinan akan menjengah pasaran pada awal tahun 2023.

GT-R terbaharu itu didakwa merupakan jentera hibrid yang menggunakan sistem pemulihan kuasa kinetik.

Laporan berhubung GT-R generasi baharu tersebar hampir selama enam tahun malah Nissan masih belum mengesahkan trenkuasa yang bakal didatangkan bersama jentera itu.

Satu lagi persoalan, segmen pasaran mana bakal GT-R baharu ini bersaing kelak.

Ia boleh terus kekal dalam segmen enjin hadapan, turbocharge dan pesaing seperti Porsche 911 Turbo ataupun mengambil keputusan bersaing dalam segmen lain.

Apa pun keputusan yang bakal diambil pengeluar kereta, Nissan, model GT-R terbaharu itu pasti menjadi perhatian penggemar automotif dunia. – carscoops.

Google ads
Back to top button