Buletin

BELI NISSAN LIVINA DAN PERCUMA TUANNYA SEKALI!

Beberapa hari lepas, tular iklan penjualan kereta ini. Sebuah kereta Nissan Grand Livina terpakai yang hendak dijual. Apa yang lebih menarik ialah, ia milik seorang gadis manis yang meletakkan syarat. Kereta tersebut mesti dibeli bersama dirinya!

Iklan yang heboh di Indonesia itu dipos oleh seorang gadis bernama Chaecha.

Ia dipos dalam forum jual-beli kenderaan popular di Indonesia.

…………………………………………………………..

“Serius! Saya ingin menjual mobil ini sama diri saya sendiri,” komen Eka Maryah nama asli pemilik Nissan Livina itu atau lebih mesra dengan panggilan Echa.

Echa memberitahu bahawa kereta tersebut dibeli dari seorang doktor yang telah telah meninggal dunia.

“Kereta ini tahun 2012. Harga pasaran kereta ni sekitar Rp 115 juta (RM33,000) Tapi yang ini saya jual sekitar Rp 260 Juta (RM75,000), lebih kurang harga Livina baru, tapi percuma pemiliknya,” ujar gadis yang bertugas sebagai agen hartanah itu.

Beliau juga mengaku serius dan bukan bergurau.

“Sejak diposting semalam sudah ratusan yang menanyakan. Dari Kalimantan Barat, Jawa Tengah, Sumatera Barat. Mereka menanyakan,” jelas Echa.

Ketika ditanya kriteria calon pembeli yang layak membeli , Echa memberitahu ia mesti seorang bujang yang berusia lebih 30 tahun.

“Sudah memiliki pekerjaan tetap dan pastinya bertanggung jawab,” ujar beliau lagi.

Idea membuat iklan seperti ini pada awalnya hanyalah sekadar berbual kosong dengan seroang temannya.

“Saya nak jual kereta ni. Macamana ye nak bagi cepat laku?,” kata Echa kepada seorang temannya.

Temannya memberi idea supaya membuat iklan yang unik dan berbeza dari iklan jualbeli kereta yang lain.

Google ads
Back to top button