
QUARTARARO KUASAI MOTOGP DOHA, DAHULUI ZARCO 1.4 SAAT
Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo merangkul podium pertama dalam saingan sengit MotoGP Doha mendahului Johann Zarco dari pasukan Ducati-Pramac dengan catatan masa 1.457 saat .
Rakan sepasukan Zarco yang berusia 23 tahun, Jorge Martin meraih tempat ketiga selepas memulakan saingan di petak pendahulu.
Perlumbaan kali ini, menyaksikan sejarah tersendiri apabila dua pelumba dari Perancis berada di podium teratas perlumbaan sejak tahun 1954 apabila Pierre Monneret menang dan Jacques Collot ketiga di laman sendiri dekat Reims.
Quartararo berkata kemenangan tersebut memberi keyakinan apatah lagi apabila perlu mengejar pendahulu perlumbaan daripada belakang.

“Saya datang daripada kedudukan kelapan, kepantasan dan litar sama sekali berbeza daripada latihan keempat dan sesi pemanas badan.
“Saya sentiasa mengimpikan untuk menang di Qatar, malangnya saya bukanlah yang pertama (musim ini).”katanya.
Selain itu, dia turut berseloroh ingin meraikan kemenangan tersebut dengan menikmati McDonald’s.
Selepas mengharungi dua perlumbaan musim ini, Zarco mendahului persada kejuaraan dunia dengan 40 mata manakala Vinales dan Quartararo masing-masing mengumpul 36 mata. – agensi.
- BACA: VINALES TAKLUK PEMBUKA TIRAI MOTOGP 2021 DI QATAR
- BACA: BOS PASUKAN MOTOGP FAUSTO GRESINI MENINGGAL DUNIA. TEWAS AKIBAT COVID-19
- BACA: MICHELIN BIMBANG TAK CUKUP TAYAR UNTUK SESI UJIAN PRA-MUSIM MOTOGP DI LITAR LOSAIL
- BACA: SIAPA PALING BANYAK JATUH DALAM PERLUMBAAN MOTOGP, MOTO2 DAN MOTO3 MUSIM 2020? CUBA TEKA…









