Buletin

BMW DAN TIAN SIANG PREMIUM AUTO DIRIKAN 3 LAGI PUSAT PENGECASAN BMW i DI PULAU PINANG

Berita baik buat pengguna kereta elektrik yang tinggal atau mahu berkunjung ke Pulau Pinang. 

Ini kerana BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah mendirikan tiga fasiliti BMW i Charging baharu di Pulau Pinang, beralamat di The Prestige Hotel, George Town dan Light Hotel, Seberang Jaya.

Prinsipal Tian Siang Premium Auto, Tan Ka Kin memberitahu tiga kemudahan pengecasan itu merupakan tambahan kepada 10 fasiliti sama yang diperkenalkan sebelum ini di Ipoh dan Pulau Pinang. Ia terletak di WEIL Hotel dan Banjaran Hotsprings Retreat di Opih serta Gurney Paragon Mall dan Iconic Hotel di Pulau Pinang. 

“Dengan adanya fasiliti BMW i Charging, kami berharap ia dapat menarik tetamu dan prospek perniagaan yang mementingkan alam sekitar,” kata Pengurus Besar The Light Hotel, Raj Kumar. 

Google ads
Back to top button