Buletin

HONDA N-BOX GENERASI KETIGA DIPERKENAL DI JEPUN, REKAAN SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!

Honda N-BOX, kereta mini (kei-car) kegemaran rakyat Jepun dan Malaysia kini memasuki generasi ketiga setelah diperkenalkan di Jepun.

Jika ada yang rasa N-BOX masih baharu, generasi kedua sebenarnya dilancar pada 2017 dan tiba masa untuk diganti dengan model terbaru.

N-BOX generasi ketiga mengekalkan resepi rekaan generasi kedua dan boleh dilihat pada muka depan berkotak, garis badan sisi dan lampu belakang menegak.

Honda N-BOX N-BOX Custom 2020

Sama tetapi tidak serupa dan Honda mengolah semula perincian luar supaya nampak lebih terkini dan selari dengan generasi baharu.

Seperti sebelum ini, Honda membahagikan kei-car itu kepada dua iaitu N-BOX dan N-BOX Custom.

Honda N-BOX

Model ini tampil dengan gril depan berlubang dan lampu utama seperti mata manusia dan ekspresi kepada keringkasan dan kemesraan. 

Model ini nampak lebih kemas dan premium berbanding generasi kedua. Honda juga memperkenalkan N-BOX Fashion Style dengan ciri khas seperti cermin sisi dan pembuka pintu warna off-white. 

Rim dengan warna dua tona juga nampak comel.

Honda N-BOX Custom

Model ini seperti biasa tampil garang dan premium. Bahagian depan dilengkapi gril tiga dimensi, lampu depan LED pancaran terus dan lampu belakang dengan lensa jernih seperti kebiasaan N-BOX Custom.

N-BOX Custom juga nampak rendah dan lebar hasil daripada rekaan aerodinamik.

Selain itu, Honda menawarkan N-BOX Custom Coordination Style dengan gril depan dan bingkai plet belakang krom gelap dan rim aluminium hitam.

Pelanggan juga ditawarkan warna badan dua tona dengan bumbung hitam.

Rekaan dalaman

Seperti biasa Honda menggunakan konsep man maximum, machine minimum atau M/M dan bahagian dalam dibuat lebih ringkas berbanding sebelum ini dengan papan pemuka rata. 

Panel meter dibuat mengikut gaya melintang supaya pemandu mempunyai ruang pandangan lebih baik.

Komponen paling menonjol ialah skrin TFT LCD saiz tujuh inci yang memaparkan fungsi Honda SENSING dan maklumat lain dalam bentuk yang mudah difahami.

Ciri praktikal lain juga ditambah baik sebagai contoh kotak simpanan papan pemuka dan poket sisi kerusi belakang yang besar.

Satu ciri yang membantu N-BOX mempunyai ruang dalaman paling luas bagi segmen kei-car ialah kedudukan tangki petrol pada bahagian tengah kereta.

Rangkaian kuasa

Honda belum mendedahkan enjin dan transmisi dan sebagai rujukan, N-BOX generasi kedua digerakkan enjin 660cc naturally-aspirated dan 660cc turbo dengan transmisi CVT.

Pelanggan di Jepun sudah boleh menempah N-BOX baharu dan bakal diedarkan pada musim luruh (bermula September).

BACA: HONDA DRIVER COACHING, APLIKASI TELEFON PINTAR TINGKAT KEMAHIRAN PEMANDU BAHARU

BACA: 5 SEBAB HONDA CITY HATCHBACK, LEBIH BAGUS DARIPADA CITY SEDAN

BACA: LEBIH 3.5 JUTA SIRI HONDA N LAKU DI JEPUN, N-BOX SAHAJA 2.3 JUTA UNIT!

BACA: INI KOS SERVIS HONDA WR-V, SERENDAH RM 268 SAHAJA

Honda N-BOX

Honda N-BOX Fashion Style

Honda N-BOX Custom Turbo Coordination Style

Google ads
Back to top button