
GURU WANITA MAUT MOTOSIKAL LANGGAR LUBANG
Seorang guru wanita yang mengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai melanggar lopak di Jalan Gapam-Bemban, di sini, pada pagi Isnin.
Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11.20 pagi itu, menyebabkan mangsa, Siti Sarah Mohamed Nuwawi, 32, yang mengalami cedera parah di lokasi kejadian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Sym dari arah Bemban menuju ke Gapam.
“Setiba di lokasi, mangsa yang beralamat di Taman Ayer Keroh Height dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan di permukaan jalan, menyebabkan mangsa terbabas lalu terjatuh.
Tambahnya, turut meminta saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beberapa jam lalu, tular di media sosial Facebook mengenai insiden yang menimpa mangsa didakwa disebabkan lubang yang terdapat di atas permukaan jalan raya. – Sinar Harian
- BACA: KEMALANGAN TRAGIS SEBUAH AITO M7 PLUS DI CHINA JADI PERHATIAN – ANTARA MITOS DAN KEBOLEHPERCAYAAN
- BACA: SPORTBIKE KTM KEMBALI: KTM 990 RC R 2025 DIDEDAHKAN – 126HP, 103NM
- BACA: YAMAHA MT-25, MT-15 TERIMA WARNA BAHARU – DARI RM12,498
- BACA: EON BERHAD RAI PEMENANG CABUTAN BERTUAH EON & SAHABAT AUTOFEST 2024