Motosikal

BENELLI BEST SHOP RASMI DIBUKA DI ALOR SETAR

Bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan terhadap produk serta servis motosikal jenama Benelli, MForce Bike Holdings merasmikan pembukaan Benelli Best Shop terbaharunya. Ini merupakan Benelli Best Shop pertama di Alor Setar dan kelapan di Malaysia.

Kemudahan dua tingkat itu terletak di Pusat Perniagaan Wantas, Alor Setar. Tingkat pertama menempatkan ruang yang mempamerkan beberapa jenama motosikal di bawah payung Mforce Bike seperti Benelli, Wmoto dan Moto Morini.

Di bahagian belakangnya terletak ruang untuk urusan penyelenggaraan motosikal. Naik ke tingkat atas, pelanggan boleh melihat dan membeli rangkaian lengkap aksesori motosikal serta peralatan menunggang. 

Antara yang produk yang ditawarkan ialah topi keledar berjenama XDot, LS2, kasut menunggang, jaket, sarung tangan, baju hujan, kotak motosikal dan banyak lagi.

Sempena pembukaan itu, Benelli Best Shop yang dikendalikan oleh Men Huat Sdn. Bhd. itu menawarkan pemeriksaan percuma ke atas 13 item seperti sistem brek, gear CVT dan sebagainya  kepada pelanggan.

Potongan sebanyak 30 peratus turut diberikan ke atas pembelian alat ganti dan merchandise tulen.

GALERI

Google ads
Back to top button