Buletin

BENGANG DIKECAM, VINFAST LAPOR YOUTUBER KEPADA POLIS

Kritikan ke atas model sedan Vinfast yang baru dibelinya membuatkan seorang Youtuber, Tran Van Hoang disiasat polis. 

Pengeluar kenderaan Vietnam itu dikatakan tersinggung dengan komen pedas Tran dalam satu klip video yang kini sudahpun dipadam. Dalam klip video berdurasi 29 minit itu yang diterjemahkan oleh YouTube, dia mengakui bangga memiliki sebuah VinFast LUX A2.0 tetapi turut mendedahkan beberapa masalah yang dihadapi oleh kereta tersebut. 

Antara isu yang dibangkitkan oleh Tran ialah sensor tekanan tayar yang bermasalah, pengelap cermin utama, pengecas telefon tanpa wayar, pintu berbunyi, selain mengadu tentang pengalaman dengan pengedar serta beberapa perkara lain. 

Vinfast menyatakan pihaknya mempunyai cukup maklumat untuk membuktikan bahawa ia bukan sekadar komplen biasa. Dalam satu kenyataan pada 2 Mei lalu, Vinfast menyatakan video itu mengandungi ‘kandungan tidak benar’ yang boleh menjejaskan reputasi VinFast. 

Ia juga mendakwa walaupun video berkenaan sudah dipadam, pihaknya sudah menyimpan bukti dan menyerahkannya kepada polis. “Polis sudah menerima aduan kami dan dan akan berjumpa dengan Hoang,” jelasnya. 

Tran mempunyai 455,000 subscribers di akaun YouTube. Jadi, kalau VinFast rasa bimbang memang bersebab. Tetapi, tindakan pengeluar kereta itu melibatkan campur tangan polis, dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa. 

“Ini merupakan kali pertama kami melaporkan tindakan seseorang kepada pihak berkuasa dalam usaha melindungi reputasi dan pelanggan,” kata Vinfast kepada Reuters. 

Syarikat yang diasaskan oleh individu paling kaya di Vietnam itu merancang untuk menjual kereta elektriknya di Amerika Utara dan Eropah tidak lama lagi. Ia memberitahu akan mengambil langkah sama ke atas mereka yang cuba menjatuhkan reputasi Vinfast, walaupun perkara itu berlaku di Amerika atau Eropah. 

Google ads
Back to top button