Artikel Pilihan

BISKUT BERAS NISSAN – SNEK JDM PALING COOL TAHUN INI

Anda seorang kaki kereta yang fanatik dan pengumpul apa-apa sahaja barangan berkaitan dengan jenama kegemaran anda. Jadi ini mungkin satu lagi peluang untuk anda mendapatkan snek keluaran Nissan. Lebih tepat lagi biskut beras Jepun yang dipanggil senbei kalau kat sana.

Bayangkan anda mengunyahnya di lampu stereng sambil memandu GT-R ataupun sebuah Nissan Sunny Extra. Cool kan? Tapi jangan beli yang half-cut, mesti dah lemau punya. Silap-silap makan terus sakit perut.

Biskut beras ataupun senbei ni merupakan antara snek yang paling popular di Jepun dan memang syoklah kalau dapat mengunyahnya sekali sekali. Tapi kenapa biskut beras? Kenapa tak mee segera ke? Sardin dalam tin ke?

Sebabnya ialah biskut beras ini merupakan hasil usahasama Nissan, majlis perbandaran Isehara di Kanagawa Prefecture dan Tatsuya Busan, syarikat pengeluar snek yang berpangkalan di Isehara. Malah, Isehara juga merupakan lokasi Nissan Technical Center, salah satu fasiliti R&D paling penting Nissan. Jadi Nissan mengambil langkah ini untuk membantu perniagaan dan sektor pelancongan tempatan dalam keadaan yang serba sukar hari ini.

Kalau korang rasa biskut ini dihasilkan dengan acuan kedai RM2, memang korang silap besar. Sebenarnya pihak Nissan Technical Center melalui jabatan prototaip mereka menggunakan rekaan CAD/CAM dan mesin pemotong laser automatic untuk menghasilkan acuan biskut ini. 24 bentuk dihasilkan untuk biskut ini termasuk satu acuan berbentuk gunung Oyama, gunung paling femes di Isehara. Kira tempat yang popular juga ni untuk down drift battle.

Tapi nak bagi tahu awal-awal la, rupa paras biskut ni bukanlah bulat-bulat ikut bentuk asal kereta yang dipilih. Ye lah, ingat senang ke nak bentuk benda yang kecil macam ni. Dah la tu, mengembang pulak bila dah masak. Tapi bagi peminat kereta sejati rasanya tak ada masalah pun untuk meneka kereta-kereta yang terdapat dalam tin biskut beras ni. Awal-awal kami dah nampak rupa Nissan Juke yang kelakar dalam banyak-banyak bentuk biskut ni.

Apa kata pengeluar kereta nasional turut mengambil langkah yang sama. Buat keropok ikan Proton ke? Bahulu Perodua ke? Best jugak kunyah-kunyah sambil tunggu kereta tengah servis kan?

Google ads
Back to top button