
BERAPA KOS SERVIS HONDA HR-V? MANA LAGI MURAH, 1.5S ATAU 1.5 TURBO ATAU 1.5 e-HEV?
Selain daripada Perodua Alza yang diperkenalkan baru-baru ini, pasaran Malaysia juga dikejutkan dengan satu lagi kehadiran model serba baru iaitu Honda HR-V serba baru dan dibangunkan dengan cesi yang baru serta hanya ditawarkan dalam enjin 1500cc sahaja.
Tapi enjin ini datang dengan 3 penawaran yang berbeza samaada 1500cc i-VTEC yang menjana 119 kuasa kuda dan 145Nm tork bagi varian 1.5S. Versi turbo pula datang dengan dengan kuasa 178 kuasa kuda dan 240Nm tork yang dipasang pada varian E dan juga V.
Bagi varian hibrid e-HEV, enjin 1500cc ini hanya menjana 105 kuasa kuda sahaja bagi tujuan mengecaj bateri sistem yang akan membekalkan kuasa pada motor elektrik. Motor ini berupaya menjana sehingga 130 kuasa kuda & 253Nm tork kepada tayar depan
Dengan hanya menggunakan enjin 1500cc, semua varian HR-V akan menikmati penjimatan cukai jalan kerana anda hanya perlu membayar Rm 120 sahaja untuk cukai jalan setiap tahun
Jadi akan ada 3 perbezaan menu servis bagi 3 varian enjin yang ditawarkan oleh Honda Malaysia. Bagi varian 1.5S, anda perlu membayar sehingga RM 3,935.31 untuk servis sehingga jarak perjalanan mencecah 100,000km atau 5 tahun. Anda boleh merujuk pada jadual di SINI
Bagi varian 1.5E dan juga 1.5V, anda perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM 2,171.64 untuk jarak perjalanan sehingga 100,000km atau 5 tahun. Angka ini nampak sedikit kerana dalam jadual penyelenggaraan varian turbo perlu ditukar apabila lampu amaran menyala.

Anda mungkin perlu menukar minyak enjin ini dengan kerap jika anda melenjan enjin turbo ini sesuka hati. Minyak enjin untuk varian turbo berharga RM 126.03 dan penapis minyak enjin pula ialah Rm 34.88. Bagi varian e-HEV, kos yang diperlukan ialah sekitar RM 3,730.21 bagi tempoh sela masa yang sama iaitu sehingga 100,00km. Anda boleh semak kos lain di SINI
1. Minyak enjin – terdapat perbezaan harga antara varian aspirasi normal dan juga e-HEV dimana varian 1.5S menggunakan minyak enjin yang berharga RM 129.56 bagi 4 liter. Varian e-HEV dan Turbo pula menggunakan minyak enjin yang berharga RM 126.03
2. Penapis minyak enjin – bagi varian e-HEV dan aspirasi normal, ia perlu ditukar pada setiap 10,000km perjalanan dengan harga RM 34.88. Varian turbo pula perlu ditukar apabila lampu Engine Oil
3. Penapis udara enjin – perlu ditukar pada setiap 30,000km tapi semua varian datang dengan harga yang berbeza. Varian aspirasi normal dijual dengan harga RM 93.60, menjadi RM 104.49 bagi varian turbo manakala varian e-HEV adalah paling mahal pada RM 143.97.
4. Minyak CVT – bagi varian aspirasi normal, ia perlu ditukar setiap 40,000km dengan harga RM 120.83 termasuk dengan drain plug gasket. Untuk varian turbo, kos ini meningkat kepada RM 159.79 termasuk drain plug gasket.
5. Minyak ATF – bagi varian e-HEV pula, minyak ATF dan drain plug gasket perlu ditukar pada setiap 150,000km pada harga RM 70.05
6. Minyak brek – semua varian memerlukan penggantian minyak brek pada setiap 60,000km dengan kos RM 38.30 sahaja
7. Penapis petrol / bahan api- juga disebut sebagai fuel retainer perlu ditukar pada setiap 140,000km bagi varian aspirasi normal dan juga varian turbo dengan harga RM 259.14. Bagi varian e-HEV pula, komponen ini perlu ditukar pada setiap 180,000km

8. Palam pencucuh – semua varian HR-V menggunakan palam pencucuh yang dihasilkan dari logam iridium dan berharga RM 510.96 yang perlu ditukar pada setiap 100,000km. Bagi varian turbo pula, kos palam pencucuh menjadi RM 439.35 setiap set.
9. Cecair penyejuk radiator – Honda menawarkan cecair penyejuk radiator paling lama dalam kelasnya kerana ia perlu ditukar pada setiap 200,000km dengan kos RM 146.05.
10. Penapis penyaman udara – harga yang ditawarkan ialah RM 167.08 (boleh tahan mahal) dan perlu ditukar pada setiap 30,000km. Semua varian menggnakan penapis penyaman udara yang sama.
Harga di atas tidak merangkumi lain-lain servis seperti pelapik brek, tayar, bateri, penjajaran semula tayar, imbangan tayar dan juga servis penyaman udara.



